Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mangsa banjir di Kedah meningkat lebih 1,000 orang

 | September 23, 2017

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebanyak 13 pusat pemindahan dibuka iaitu di daerah Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

kedah_banjir_612

ALOR SETAR: Seramai 1,060 mangsa banjir di beberapa kawasan di Kedah ditempatkan di lebih 10 pusat pemindahan sementara ekoran banjir kilat dan air pasang besar yang berlaku sejak 2 hari lepas.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebanyak 13 pusat pemindahan dibuka iaitu di daerah Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Katanya, seramai 55 orang dipindahkan ke Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (enam), di PP Surau Assyakirin Kepala Batas (53), dan PP SK Alor Mengkudu (26) manakala PP Dewan Kampung Balai, di Kuala Kedah (20).

Pusat pemindahan lain yang turut dibuka ialah PP SK Bukit Hijau, Pokok Sena membabitkan 12 orang mangsa, PP Surau Kampung Kubang Betong, Kubang Pasu (108), PP SK Kodiang Lama (46) manakala PP SMK Changloon seramai 148 orang.

Turut dibuka ialah PP Dewan Cenderawasih di Pendang yang melibatkan seramai 41 orang.

Selain itu, 3 pusat pemindahan banjir masih beroperasi di daerah Kuala Muda iaitu PP SK Bukit Kechil dengan 390 mangsa, PP Dewan Kampung Jilid Lapan (44) dan PP Dewan Kampung Sungai Pial (111).

Semalam, hujan berterusan serta air pasang besar menyebabkan 149 keluarga dengan 669 mangsa dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir seluruh negeri ini.

Malam tadi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut melawat mangsa banjir di Kuala Muda.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments