Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mangsa banjir Kedah naik 2,000 orang

 | September 23, 2017

Kesemua mereka ditempatkan di 17 buah pusat pemindahan dan pihak berkuasa membuka 10 pusat baharu.

kedah_banjir_61

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah malam ini terus meningkat kepada 2,280 orang berbanding 1,576 orang setakat pukul 4.00 petang tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu meningkat berikutan terdapat beberapa kawasan terutama di daerah Pokok Sena, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, dan Pendang mula dinaiki air.

Kesemua mereka ditempatkan di 17 buah pusat pemindahan berbanding 13 pusat sebelum ini.

Bagaimanapun 6 pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil dan Dewan Kampung Jilid 8 di (daerah Kuala Muda), Dewan Kampung Balai, (Alor Setar) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changloon, Surau Kampung Betong (Kubang Pasu) dan Dewan Cenderawasih di Pendang ditutup ekoran keadaan banjir semakin pulih.

10 pusat pemindahan turut dibuka hari ini di Dewan Kampung Lahar yang menempatkan seramai 111 orang, SMK Mahawangsa (476), Dewan Tokong Cina (462) dan Dewan Lubuk Batu (105) di daerah Kubang Pasu , Madrasah Maahad Tarbiyah (9) Dewan Kampung Permatang Limau (35), Surau Kampung Menerong (18) di Pokok Sena, Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang (124), SK Bukit Pinang (68) dan Dewan Taman Sri Bagan (59) di Alor Setar .

Selain itu jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Titi Gajah di Alor Setar (163), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak 6 orang, di Surau Assyakirin Kepala Batas (71), dan SK Alor Mengkudu (70).

Pusat pemindahan lain yang masih beroperasi ialah SK Kodiang Lama yang menempatkan (49) mangsa dan Dewan Kampung Pial di Kuala Muda (113).

Sekretariat itu berkata, aliran air dari hulu ke muara sungai menyebabkan sungai dan parit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak diburukan lagi sistem perparitan yang tersumbat dan cetek menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah di naiki air dan terpaksa berpindah.

Cuaca di Kedah keseluruhannya adalah baik yang kadang kala hujan renyai-renyai. Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan akibat banjir kilat itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments