Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

MTUC gesa kerajaan kaji isu kaum jadi penghalang dapatkan kerja

 | September 23, 2017

Setiausaha Agung MTUC J Solomon mendakwa sesetengah sektor memang mengambil kira latar belakang kaum pencari kerja dalam proses pengambilan pekerja masing-masing.

Solomon_mtuc_pekerja_600

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan menjalankan kajian sama ada kriteria kaum menjadi faktor dalam soal seseorang memperoleh peluang pekerjaan.

Bercakap kepada FMT, Setiausaha Agung MTUC J Solomon mendakwa sesetengah sektor memang mengambil kira latar belakang kaum pencari kerja dalam proses pengambilan pekerja masing-masing.

“Kami ada menerima laporan kaum India berhadapan dengan masalah mendapatkan pekerjaan,” kata beliau.

Beliau mengulas hasil tinjauan Merdeka Center yang mendapati 74% belia India dan 70% kalangan Melayu mengalami kesukaran memasuki pasaran kerja manakala tahap di kalangan belia Cina adalah 45%.

Sehubungan itu, Solomon mencadangkan agar kerajaan mengumpulkan hasil kajian-kajian seumpama itu dan mengkajinya bagi mencari jalan penyelesaian.

Beliau menambah, kerajaan sepatutnya mempertimbangkan untuk mengenakan sistem kuota jika kajian mendapati memang wujud diskriminasi kaum.

Matlamat sistem kuota sedemikian, menurut beliau, adalah untuk melindungi pencari pekerjaan India daripada diskriminasi kerana mereka merupakan kumpulan minoriti.

“Kami tidak mengharapkan untuk menghapuskan perbezaan ini sepenuhnya,” katanya.

“Tetapi jika kumpulan minoriti kecil mencatat peratusan tertinggi mereka yang menghadapi masalah memasuki pasaran kerja, maka ia harus disebabkan oleh faktor kaum.

“Dan ini perlu diambil serius.”

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata penemuan tinjauan seumpama itu tidak semestinya bermakna terdapat diskriminasi kaum di pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, ia lebih bersifat “masalah persepsi” dan bukan realiti pasaran kerja.

“Pencari kerja yang gagal harus melihat diri mereka sendiri apa yang membuatkan mereka kurang peluang pekerjaan dan bertindak cepat menyelesaikan masalah itu,” kata Shamsuddin.

“Salah satu perkara utama yang kurang di kalangan pencari kerja sekarang, terutamanya orang Melayu adalah keupayaan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.”

Ketua Komunikasi Serantau JobStreet Simon Si menyuarakan sentimen yang sama.

Beliau juga berkata, tinjauan Merdeka Center tidak menyertakan beberapa petunjuk utama seperti industri mengetepikan responden, kedudukan yang dipohon dan kelayakan pendidikan mereka.

“Ia kenyataan yang terlalu longgar,” kata beliau.

Beliau menambah, aspek kaum lazimnya tidak menjadi faktor dalam mendapatkan kerja.

“Ini mengenai keupayaan untuk memenuhi keperluan kedudukan pekerjaan, bukannya sama ada anda adalah kaum tertentu.”

Tinjauan kendalian Merdeka Center dan Watan, sebuah NGO pendaftaran pengundi telah dijalankan antara 3 Ogos dan 8 Ogos lalu.

Ia melibatkan 604 responden berusia antara 21 dan 30 di seluruh Semenanjung Malaysia.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments