Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Adiwiraku rangkul anugerah Filem Terbaik FFM29

 | September 24, 2017

Filem arahan Eric Ong ini turut meraih 2 lagi anugerah mengenepikan 4 filem lain yang turut dicalonkan kategori tersebut.

AdiwirakuKUALA LUMPUR: Filem Adiwiraku merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29).

Filem arahan Eric Ong itu turut meraih 2 lagi anugerah mengenepikan 4 filem lain yang turut dicalonkan kategori tersebut.

Anugerah yang turut diraih filem berkenaan adalah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik oleh Sangeeta Krisnasamy dan Cerita Asal Terbaik oleh Jason Chong.

Filem Adiwiraku ini diangkat dari kisah benar yang mengisahkan tentang pasukan ‘choral speaking’ Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal, Baling Kedah yang berjaya memenangi pertandingan itu pada tahun 2015.

Dalam pada itu. filem yang mengangkat tema penghidap autisme ‘Redha’, meraih 4 anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Nam Ron), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq), Pelakon Wanita Harapan (June Lojong) dan Pengarah Harapan, Tunku Mona Riza.

Anugerah Pengarah Terbaik dirangkul oleh Dain (Dain) Iskandar Said melalui filem Interchange.

FFM29 turut menyaksikan penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan isteri Datin Seri Raya Erom hadir sebagai tetamu kehormat. Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob.

Sebanyak 24 anugerah dipertandingkan pada FFM29 yang bertemakan Transformasi Citra Karya kali ini.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM29:

1. Filem Terbaik: Adiwiraku
2. Pengarah Terbaik: Dain Iskandar Said (Interchange)
3. Pelakon Wanita Terbaik: Sanggeeta Krisnasari (Adiwiraku)
4. Pelakon Lelaki Terbaik: Nam Ron (Redha)
5. Penyunting Terbaik: Nazim Shah (J Revolusi)
6. Penataan Seni Terbaik: Zaharah Nakibullah (Interchange)
7. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Harith Haziq (Redha)
8. Pelakon Wanita Harapan: June Lojong (Redha)
9. Pelakon Lelaki Harapan: John Tan (You Mean The World To Me)
10. Pengarah Harapan: Tunku Mona Riza (Redha)
11. Skor Muzik Terbaik: Koon Wei Gee (You Mean The World To Me)
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Daniele (Hanyut)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Interchange)
14. Cerita Asal Terbaik: Jason Chong
15. Anugerah Khas Juri 1: Desolasi
16. Anugerah Khas Juri 2: Shuttle Life
17. Anugerah Khas Juri 3: Pekak
18. Lakon Layar Terbaik: You Mean The World To Me
19. Penggiat Belakang Tabir: Johan Ariffin Ibrahim
20. Karyawan Sepanjang Zaman: Datuk Yusoff Haslam
21. Anugerah Filem Box Office: Abang Long Fadil 2
22. Kostum Terbaik: Hanyut
23. Penataan Bunyi Terbaik: Hanyut
24. Sinematografi Terbaik : Interchange

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments