Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kembali ke Umno: Dr M sindir Najib, Muhammad Taib

 | September 24, 2017

Dr Mahathir menyindir bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang kembali ke pangkuan Umno minggu lalu dengan menyifatkannya beliau sebagai "keturunan katak."

mahathir-mohamad-muhammad-taib-najib-razak-malaysiaGEORGE TOWN: Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang kembali ke pangkuan Umno minggu lalu dengan menyifatkannya beliau sebagai “keturunan katak.”

Beliau juga menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memanggil “PC (persidangan akhbar khas)” bagi mengumumkan keputusan Muhammad, yang mesra dikenali sebagai Mat Taib dan Mat Tyson, kembali ke Umno.

“Mat Tyson ni keturunan katak, dia pasti lompat, lompat dari Umno pergi PAS, lompat ke PKR, la ni dia lompat sekali lagi ke tempurung Umno… saya hairan berapa banyak dedak yang ada dalam mulutnya,” kata Dr Mahathir ketika berucap di hadapan sekitar 4,000 orang yang berhimpun pada majlis anjuran DAP Pulau Pinang di sini malam tadi.

Bekas naib presiden Umno itu kembali ke parti asalnya selepas menyertai PAS pada 2013 dan PKR pada 2015, baru-baru ini, mengatakan “ia adalah satu pembaziran masa”.

Dr Mahathir berkata sidang media kejutan itu diadakan untuk memperkenalkan beberapa wakil PKR Selangor yang didakwa mahu melompat ke Umno, tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Najib berharap untuk mendapatkan wakil PKR melompat ke Umno dengan Mat Tyson, tetapi mereka tidak hadir. Dan Selangor masih berada di bawah PKR dan PH,” kata beliau.

Muhammad pernah menjadi anggota Umno dari tahun 1964 hingga 2013, ketika beliau bergabung dengan pakatan pembangkang Pakatan Rakyat di bawah PAS. Dia keluar dari parti Islam pada September 2015.

Beliau kemudiannya menyertai PKR sebagai ahli biasa. Beliau berkata beliau menyertai PKR memandangkan beliau mahu kerajaan alternatif yang kuat dibentuk.

Muhammad mendakwa Pakatan Harapan melupakan orang Melayu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments