Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mabuk dan gangguan di khalayak perkara biasa di Flora Damansara, kata penduduk

 | September 24, 2017

Penduduk yang ditemui mahu warga Afrika yang mabuk secara terbuka dan melakukan gangguan 'disekolahkan' pihak berkuasa.

 

Orang-Afrika-mabuk-Flora-DamansaraPETALING JAYA: Penduduk Flora Damansara mengesahkan wujud masalah mabuk secara terbuka dan gangguan seperti disebutkan dalam video yang tular baru-baru ini, dan rata-rata mereka yang ditemui mahu warga Afrika yang terbabit “disekolahkan” pihak berkuasa.

Tinjauan mendapati warga Flora Damansara umumnya tidak selesa dengan kegiatan mabuk secara terbuka oleh warga Afrika di situ, kerana kelakuan mereka mengganggu ketenteraman penduduk.

Najib Jalil, 35, penduduk.

Najib Jalil, 35, penduduk.

Najib Jalil, 35, berkata kegiatan mabuk secara terbuka sudah menjadi perkara biasa di Flora Damansara.

“Mereka mahu duduk di sini tidak menjadi masalah. Tetapi minum arak di tempat awam selepas itu buang botol atau tin arak merata-rata, dan selepas itu mabuk dan kencing merata-rata.

“Kita juga lihat selepas mereka mabuk, ada juga yang melakukan aktiviti pelacuran, dan mula mengganggu penduduk terutama kaum wanita. Ada juga yang diganggu sehingga berlaku kes rogol,” katanya.

Mabuk sampai pagi

Baru-baru ini video seorang lelaki memberitahu pengunjung sebuah kedai minum di Flora Damansara tular di media sosial. Lelaki itu berkata penduduk di situ menentang sebarang penyalahgunaan dadah, membantah mabuk secara terbuka di khalayak ramai, dan menggesa pengunjung berpakaian sopan kerana khuatir akan kegiatan pelacuran.

Najib, yang sudah 9 tahun tinggal di kawasan pangsapuri itu, berkata gangguan daripada warga Afrika di situ semakin parah sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Kedai minum yang dikatakan 'sarang' warga Afrika mabuk sampai pagi. Ditutup selepas video tular.

Kedai minum yang dikatakan ‘sarang’ warga Afrika mabuk sampai pagi. Ditutup selepas video tular.

Katanya, kebanyakan warga Afrika mendiami blok B, E, F dan H dan sebuah kafe di situ menjadi sarang memabukkan diri dari 6.30 petang hingga 3.00 pagi.

“Tempat mereka berkumpul biasanya di Kafe Omkar di Blok E. Di kafe itu juga terdapat jualan arak secara berleluasa tanpa permit. Ada daripada mereka yang mabuk dan baring di atas tangga di setiap blok,” katanya sambil menunjukkan video salah seorang wanita yang mabuk di situ.

Wanita Afrika tawar seks

Antara wanita warga Afrika yang berpakaian seksi.

Antara wanita warga Afrika yang berpakaian seksi.

Najib mendakwa kegiatan pelacuran membabitkan wanita Afrika berpakaian seksi berleluasa tetapi tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa.

“Mereka ini juga sudah ditegur…ada juga yang cuba menawarkan khidmat seks kepada penduduk tempatan,” katanya.

Darryl Klassen, 43, penduduk.

Darryl Klassen, 43, penduduk.

Seorang lagi penduduk Flora Damansara, Darryl Klassen, 43, mengakui wanita Afrika pernah cuba menggoda beliau dan menawarkan khidmat seks.

“Wanita itu berpakaian menjolok mata sambil bertanya pada saya pernah ke saya melanggan mana-mana wanita Afrika sebelum ini.

“Tetapi saya tolak, saya kata tidak apa dan terima kasih. Saya pun segera pergi mengelak daripada wanita Afrika itu,” katanya yang sudah tinggal 12 tahun di kawasan pangsapuri itu.

Raba wanita tempatan

Guru di sebuah sekolah persendirian di Kelana Jaya itu berkata cubaan merogol wanita tempatan dan gangguan seks sering berlaku.

“Mereka ini kebanyakannya apabila mabuk mula cuba untuk bertindak ganas seperti merogol wanita Melayu khususnya. Selain itu, isteri kawan saya sendiri pernah di raba oleh warga Afrika ketika membeli barang di sebuah kedai runcit di sini.

“Gangguan seperti ini memberi ketakutan kepada penduduk terutama wanita,” katanya.

Amir Johari, 52, penduduk.

Amir Johari, 52, penduduk.

Seorang lagi penduduk, Amir Johari, 52, menggesa polis dan imigresen bertindak tegas membersihkan Flora Damansara daripada jenayah dan gangguan.

“Aduan banyak sudah buat pada pihak berkuasa tetapi tidak ada apa-apa. Mana hak kami sebagai rakyat Malaysia?

“Bantu kita. Kita minta itu jika tidak mahu perkara buruk berlaku di sini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments