Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, cecah 2,873

 | September 24, 2017

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, jumlah itu meningkat berikutan air naik di beberapa bahagian kawasan pedalaman di daerah Pokok Sena, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang.

mangsa-banjir-kedahALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah pagi ini terus meningkat kepada 2,873 orang berbanding 2,280 orang malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu meningkat berikutan air naik di beberapa bahagian kawasan pedalaman di daerah Pokok Sena, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang.

Mereka terpaksa dipindahkan berikutan jumlah aliran air yang banyak dari hulu ke muara sungai tidak dapat ditampung oleh sistem saliran yang ada dan diburukkan lagi dengan sistem perparitan yang tersumbat dan cetek menyebabkan kawasan yang rendah dinaiki.

Kesemua mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan berbanding 17 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada jumah itu, 14 dibuka di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 228 orang mangsa, PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (30), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75), PP SK Alor Mengkudu (101), PP SK Bukit Pinang (25), PP Dewan Taman Sri Bagan (94), dan PP SK Seri Gunung (92).

Selain itu, mangsa banjir berkenaan juga ditempatkan di PP SK Kodiang Lama (49), PP Dewan Kampung Lahar (112), PP SMK Mahawangsa (496), PP Dewan Tokong Cina (145), Dewan Kubur Siam (303), dan PP Dewan Lubuk Batu (105) di daerah Kubang Pasu.

Pusat pemindahan lain yang masih beroperasi ialah di Pokok Sena membabitkan PP SK Bukit Hijau, yang membabitkan jumlah mangsa teramai iaitu 400 orang, Madrasah Maahd Tarbiyah (113), Dewan Kampung Permatang Limau (35) , Surau Kampung Menerong (18) dan Dewan Lubuk Keriang seramai 66 orang mangsa.

Lebih 100 mangsa banjir kilat ini juga ditempatkan di PP Dewan Kampung Sungai Pial di Kuala Muda dan 260 mangsa di PP Dewan Rakan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments