Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’

 | September 24, 2017

Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah menyalahkan politik kaum yang disebarkan oleh golongan yang mahu kekal berkuasa.

Saifuddin-Abdullah

Sebelum itu, Saifuddin mendakwa isu Allah dan kontroversi mengenai salib di sebuah gereja di Taman Medan, Jalan Klang Lama menimbulkan rasa tidak selamat sesetengah orang Islam.

KUALA LUMPUR: Prof Madya Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tertanya mengapa orang Melayu rasa tidak selamat.

Beliau mengajukan soalan itu di forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRC), di mana Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah menyoal mengapa orang Islam berasa tidak yakin dengan agama sendiri.

“Mengapa orang Melayu Islam rasa tidak selamat? Perdana menteri, dan Agong, seorang Melayu Islam.

“Sebagai perbandingan, saya seorang Iban yang menetap di Malaysia Barat dan nama saya Madeline Berma.

“Sepatutnya saya yang rasa tidak selamat. Tetapi kawan-kawan Melayu saya pula yang rasa tak selamat,” kata Madeline.

Saifuddin menjawab soalan itu dengan berkata punca perasaan tidak selamat dalam kalangan orang Melayu ialah politik kaum, disebarkan oleh golongan yang mahu kekal berkuasa.

“Strategi untuk kekal berkuasa ialah cipta perasaan tidak selamat.

“Sebab itu kamu dengar kenyataan seperti: “Hanya saya yang akan menjaga kamu.”

“Ini sejenis politik kaum, terutama dengan unsur agama yang terpendam, yang mencipta ketakutan seperti itu.

“Ia sudah tertanam dalam masyarakat kami malah dilaksanakan dalam dasar dan program, dan kita sama sekali tidak menyedarinya.

“Kita perlu kaji di mana kita berada hari ini kerana rakyat hidup dalam ketakutan tanpa sebab hanya kerana sesetengah orang elit cipta ketakutan itu untuk kekal berkuasa.”

Terdahulu, Saifuddin mendakwa isu Allah dan kontroversi mengenai salib di sebuah gereja di Taman Medan, Jalan Klang Lama menimbulkan rasa tidak selamat sesetengah orang Islam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments