Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

MIC minta kerajaan lakukan perubahan dasar bantu kaum India

 | September 24, 2017

Presiden MIC berkata antaranya intervensi kerajaan amat diperlukan untuk menggiatkan sektor industri kecil dan sederhana (IKS) dalam kalangan pengusaha India.

S.-Subramaniam-masyarakat-india-kaum-rakyatKUALA LUMPUR: MIC hari ini meminta kerajaan untuk melakukan beberapa perubahan dasar bagi meningkatkan lagi kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata antaranya intervensi kerajaan amat diperlukan untuk menggiatkan sektor industri kecil dan sederhana (IKS) dalam kalangan pengusaha India.

“Saya mengemukakan cadangan supaya Dana Modal Pusingan sebanyak RM500 juta diwujudkan agar memberi keyakinan kepada peniaga dan pengusaha India untuk memperluaskan perniagaan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) merasmikan perhimpunan yang dihadiri kira-kira 4,000 anggota MIC. Turut hadir pemimpin parti komponen BN.

Selain itu, Dr Subramaniam yang juga menteri kesihatan turut berkata usaha untuk meningkatkan 7 peratus penyertaan kaum India dalam sektor perkhidmatan awam hanya akan menjadi realiti jika usaha proaktif dijalankan bagi mencapai sasaran itu.

Beliau turut memohon diwujudkan Tabung Pendidikan Sampingan untuk menampung kos pendidikan pelajar yang datang daripada keluarga miskin supaya kekangan kewangan tidak menjadi faktor penghalang impian pelajar miskin meneruskan pengajian di menara ganding.

Mengenai isu taraf kewarganegaraan kepada mereka yang lahir sebelum 1957, katanya, pindaan polisi perlu dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut dalam mendapatkan kewarganegaraan untuk segelintir masyarakat India yang belum dapat menikmati taraf kewarganegaraan.

“Saya akan berjumpa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Dr Subramaniam juga berkata MIC perlu diberi peluang bertanding di kawasan Parlimen yang ditandinginya terdahulu, dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau juga berterima kasih kepada Najib atas komitmen dalam melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India sebagai dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau menjelaskan pelancaran pelan tindakan itu telah membuka lembaran baharu, nafas dan keyakinan kepada kaum India membentuk masa depan yang cerah untuk generasi akan datang.

Dr Subramaniam turut berikrar MIC sentiasa memberi sokongan yang padu kepada kerajaan dan kepimpinan Najib yang merupakan satu-satunya perdana menteri yang mewujudkan pelan sebegini untuk rakyat India di negara ini.

Katanya, MIC juga akan berusaha secara agresif untuk menghadapi PRU14 dengan memastikan lebih ramai pengundi India kembali mengundi BN dan bertekad memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments