Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nak rampas Selangor? Semoga berjaya, kata Azmin kepada 3 bekas MB

 | September 24, 2017

Azmin berkata walaupun 3 bekas pemimpin lama Umno itu dikatakan mahu bergabung merampas Selangor, mereka tidak akan berjaya kerana rakyat mengetahui sejarah mereka.

Mohamed-Azmin-Ali-bendera-selangor-malaysiaPULAU INDAH: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam nada sindiran mengucapkan semoga berjaya kepada 3 bekas menteri besar negeri itu – Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamed Khir Toyo – sekiranya mahu merampas kembali Selangor.

Azmin berkata walaupun 3 bekas pemimpin lama Umno itu dikatakan mahu bergabung merampas Selangor, mereka tidak akan berjaya kerana rakyat mengetahui sejarah mereka.

“Kita pun kenal siapa 3 (bekas MB) ini dan kenapa mereka mantan? Semua orang tahu kenapa mereka jadi mantan sekarang. Kalau itu sahaja kualiti yang ada, semoga berjaya untuk mereka.

“Kepimpinan ada sekarang dalam Umno Selangor gagal untuk tarik sokongan rakyat. Terpaksa guna yang lama-lama untuk tarik sokongan dan kita pun kenal 3 ini siapa dan kenapa jadi mantan,” kata beliau ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Selangor Bio Bay Show Gallery di sini.

Muhammad merupakan menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997, Abu Hassan dari 1997 hingga 2000 manakala Khir dari 2000 hingga 2008.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata Muhammad, Abu Hassan dan Khir bakal digabungkan bagi memastikan BN menawan kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengulas lanjut, Azmin berkata gabungan itu juga tidak akan berjaya berdasarkan sokongan rakyat terhadap PH dan kejayaan yang dilakukan di Selangor.

“Dia nak ambil balik Selangor? Tiga menteri besar itu, bukan 3+1 ke? Tetapi tak berjaya sebab Noh sendiri tak berjaya tarik pengundi muda masa ini.

“Saya yakin kepimpinam ada sekarang ini di bawah Pakatan Harapan komited sangat kerja keras dan saya yakin rakyat sokong berdasarkan kejayaan yang ada di Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin menafikan cubaan rampasan kuasa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September 2008.

Sebaliknya, timbalan presiden PKR itu berkata, apa yang berlaku pada ketika itu adalah ketidakyakinan ahli-ahli Parlimen BN itu sendiri.

“Itu tak benar, percubaan (rampasan) ketika itu, apa berlaku seperti dinyatakan ialah ahli parlimen Umno dan BN (mereka) tak senang dengan dasar BN, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Mereka membuat keputusan dasar. PR, bukan kita beli sokongan (mereka), menolak prinsip demokrasi dan suasana itu berbeza,” katanya.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebelum ini dilapor sebagai berkata dalam usaha Azmin menggambarkan cubaan rampasan kuasa oleh BN di Selangor sebagai tindakan tidak demokratik, Ahli Parlimen Gombak itu diingatkan mengenai tindakan lampaunya pada tahun 2008.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments