Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PM jamin tidak akan naik cukai tampung dana PTPTN

 | September 24, 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

najib-ptptnKUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Beliau berkata masalah berkaitan kekurangan dana pinjaman PTPTN bukan hanya menjadi masalah di kalangan pelajar masyarakat India tetapi juga dialami semua kaum.

“Kami mendengar. Rakyat Malaysia tidak suka membayar cukai. Mereka hanya suka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 hari ini.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional turut memaklumkan bahawa kerajaan India mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 28 peratus.

“Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan,” katanya.

“Najib berkata peningkatan kos barangan bukanlah salah kerajaan sebaliknya tindakan peniaga menaikkan harga dan kemudian menyalahkan kerajaan atas masalah itu.

“Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut),” katanya, sambil disambut dengan gelak tawa dan tepukan kira-kira 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan.

GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments