Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Apa lagi selepas dobi, mufti Asri tegur kejahilan umat Islam

 | September 25, 2017

Salah anggap konsep kebersihan dalam Islam akan merebak kepada lapangan lain, termasuk penggunaan duit, kata mufti Perlis.

Mohd-Asri-Zainul-Abidin-dobi-Elit-Laundry-di-MuarPETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas tindakan sebuah kedai dobi di Johor melarang orang bukan Islam daripada mencuci pakaian mereka di situ, dan berkata sebahagian daripada pandangan sempit yang tiada kaitan dengan Islam.

“Saya bimbang nanti akan ada yang menggesa supaya orang Islam tidak boleh guna duit yang telah digunakan oleh orang bukan Islam,” kata Asri kepada FMT, mengulas kontroversi sebuah kedai dobi layan diri di Muar, Johor yang melaksanakan dasar “mesra Muslim”.

Asri berkata salah anggap mengenai hukum kebersihan dalam Islam akan menyebabkan pelbagai lagi masalah.

“Ini sebab mereka membuat andaian mungkin ada najis semasa duit itu beredar dari tangan ke tangan. Nanti anggap solat tak sah sesiapa yang ada duit dalam poket. Lepas itu, kena asing pula bekas makan bukan Muslim di restoran. Takut nanti ada kesan khinzir di mulut mereka,” katanya.

Gambar papan tanda kedai dobi Elit Laundry di Muar dengan papan tanda memaklumkan hanya menerima pelanggan Islam tular di media sosial baru-baru ini dan mengundang pelbagai reaksi.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin tampak mempertahankan dasar itu, seperti dilaporkan Harian Metro.

“Kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam,” kata mufti itu dipetik akhbar berkenaan, sambil menambah ia tidak sepatutnya menimbulkan persepsi buruk di kalangan bukan Islam.

Asri bagaimanapun mengajak umat Islam memilih pandangan fekah yang lebih mudah dan praktikal seperti mana dikehendaki Islam.

“Selagi najis itu tidak zahir secara jelas, jangan kita suka membuat pelbagai andaian.”

Asri berkata fekah bertujuan memudahkan kehidupan.

“Islam itu agama yang hidup dan beraksi dengan persekitaran secara seimbang. Fekah itu ke arah memudahkan bukan menyusahkan. Saya nasihat umat Islam, jika asal sesuatu bahan itu bersih, tidak zahir padanya najis samada dari segi warna, bau ataupun rasa, maka ia dikira bersih.

“Semua andaian yang berlebihan sehingga menyusahkan kehidupan bukan dari ajaran Nabi Muhammad yang mudah dan memudahkan kehidupan manusia,” kata Asri.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments