Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Warga Bangladesh bunuh rakan kerana kuih lebih laris

 | September 25, 2017

Mangsa dihentak dengan penukul, ditetak, dilipat dan dibungkus dengan guni sebelum dibuang ke dalam longkang di hadapan masjid, kata polis.

Shafien-Mamat-hammerSHAH ALAM: Seorang lelaki Bangladesh dibunuh dengan kejam oleh rakan senegara semata-mata kerana iri hati jualan kuih tradisionalnya tidak selaris kuih si mangsa.

Mayat lelaki itu dijumpai di dalam longkang di hadapan sebuah masjid di Seksyen 27 di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata mangsa lelaki itu berumur 30-an yang menjalankan perniagaan menjual sejenis kuih tradisional dari Bangladesh di Seksyen 27 di sini, dibunuh pada Khamis lalu oleh suspek yang turut menjalankan perniagaan yang sama .

“Mangsa mati akibat kecederaan di kepala akibat dihentak dengan penukul. Mayat mangsa juga ditetak, dilipat, dan dibungkus dengan guni sebelum dibuang ke dalam longkang di hadapan Masjid Baitul Mahabbah di sini.

“Penemuan mayat mangsa adalah susulan daripada majikan mangsa yang membuat laporan polis pada tengah hari tadi bahawa mangsa tidak datang bekerja sejak Khamis lalu (21 September).

“Majikan mangsa turut membawa 2 suspek lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang didakwanya telah mengaku membunuh mangsa.

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi mayat mangsa dibuang pada kira-kira pukul 2.00 petang tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi berkenaan di sini hari ini.

Tambah Shafien melalui siasatan awal polis mendapati salah seorang suspek iri hati apabila jualan kuih mangsa mendapat sambutan lebih baik daripada kuih jualan suspek.

“Kedua-dua mereka menjual sejenis kuih tradisional dari Bangladesh.

“Suspek kemudian telah memanggil mangsa datang ke rumahnya di Taman Bunga Negara di sini pada Khamis kira-kira pukul 11.00 pagi dan membunuh mangsa.

“Mayat mangsa dibuang di dalam longkang di sini dengan bantuan suspek kedua pada kira-kira pukul 1.30 petang hari yang sama,” katanya.

Kata Shafien dengan penangkapan 2 suspek itu kes berkenaan dianggap selesai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments