Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

2 ‘Datuk’ direman bagi siasatan ladang Gatco

 | September 26, 2017

Isu pertikaian Ladang Gatco bermula apabila peneroka tidak berpuas hati dengan penjualan ladang itu dan mendakwa wujud penyelewengan dalam penjualan tanah terbabit.

gatco-sprmPUTRAJAYA: Dua beradik, masing-masing bergelar “Datuk”, direman 3 hari bagi membantu siasatan berhubung isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol, Negeri Sembilan yang dulunya dikenali sebagai Ladang Gatco.

Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff mengeluarkan perintah reman sehingga 28 September selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut terhadap 2 lelaki yang merupakan ketua eksekutif syarikat berbeza.

Kedua-dua lelaki berumur 54 dan 58 tahun itu ditahan dalam serbuan khas SPRM di sekitar Lembah Klang antara jam 11.40 pagi hingga 12.45 tengah hari semalam.

Mereka berdua yang memakai baju lokap SPRM tiba di perkarangan mahkamah majistret kira-kira 9.25 pagi untuk prosiding reman itu.

Sementara itu, lelaki berumur 69 tahun berperanan sebagai penyelesai yang direman sejak Selasa lepas berhubung isu Ladang Gatco itu dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Lelaki itu ditahan setelah hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada 19 September lepas.

Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata lelaki berkenaan merupakan saksi penting yang menguruskan pemindahan hak milik tanah.

Isu pertikaian Ladang Gatco bermula apabila peneroka tidak berpuas hati dengan penjualan ladang itu dan mendakwa wujud penyelewengan dalam penjualan tanah terbabit kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangkan syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa sekitar RM500 juta.

Kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, menyebabkan ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan selama 99 tahun.

PKNNS kemudian memajak tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 dan Gatco jadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 4.048 hektar dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.

Perancangan awal ladang adalah untuk jadikannya ladang getah namun Gatco hadapi masalah kewangan menyebabkan projek itu terbengkalai dan tanah berkenaan dirampas sebelum ditawarkan untuk lelongan awam pada 2004 dan dibeli Thamarai Holdings pada 2007.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments