Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Harris Salleh dianugerahkan RM600,000 kerana difitnah insiden nahas kapal terbang

 | September 26, 2017

Mahkamah Persekutuan berkata Yong Teck Lee tidak mengesahkan fakta dakwaan apabila beliau mengulas nahas pesawat yang mengorbankan bekas ketua menteri Sabah.

Harris-Salleh-Yong-Teck-LeePUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menganugerahkan RM600,000 kepada bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh berkait dengan fitnah terhadapnya mengenai tragedi “Double Six”, nahas kapal terbang pada 1976 yang mengorbankan ketua menteri ketika itu, Tun Fuad Stephens bersama 10 penumpang lain.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop yang menyampaikan penghakiman panel 5 hakim itu berkata, defendan iaitu Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee hanya menerbitkan kenyataan oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tetapi dengan sedikit pemurnian.

“Defendan mungkin menggunakan perlindungan pemberitaan bertanggungjawab Reynold, tetapi tidak mengesahkan fakta dakwaan itu,” katanya dalam menegaskan semula penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2012.

Bagaimanapun, Ahmad berkata Mahkamah Persekutuan mengurangkan ganti rugi sebanyak RM1 juta oleh Mahkamah Tinggi kerana ianya berlebihan.

Ahmad berkata rayuan Harris dibenarkan pada dasar berbeza berbanding dengan rayuan yang disampaikan oleh hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini, Datuk Abdul Rahman Sebli.

Panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Raus Sharif juga memerintah 8% faedah dibayar atas jumlah penghakiman daripada tarikh perintah Mahkamah Tinggi itu.

Raus turut mengarahkan Yong membayar Harris kos sebanyak RM200,000.

Ahli lain dalam panel kehakiman itu adalah Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin, dan Tan Sri Aziah Ali. Mahkamah Rayuah membenarkan rayuan Yong pada 18 November 2013.

Abdul Rahman sebelum ini berkata beliau mendapati Yong “melampaui batas” apabila berkata yang Harris mempunyai “darah di tangannya”, walaupun menurutnya, tidak salah untuk Yong menyeru siasatan ke atas nahas pesawat itu dijalankan semula.

Beliau juga mendapati penggunaan perkataan “jenayah” dan “pembunuhan” oleh Yong berbaur fitnah kepada Harris dan mencetuskan spekulasi yang Harris tahu pada awalnya sesuatu buruk akan berlaku kepada pesawat itu, lalu membiarkan Fuad terkorban agar beliau dapat mengambil alih sebagai ketua menteri Sabah.

Harris menfailkan tuntutan RM50 juta terhadap Yong dan SAPP kerana berkata beliau (Harris) terlibat dalam menyebabkan nahas pesawat itu.

“Apabila Yong berkata yang plaintif mempunyai darah di tangannya dan patut disiasat untuk kemungkinan jenayah, tanpa membuat sebarang cubaan untuk mengesahkan kebenaran dakwaan maklumat baharu yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Razaleigh Hamzah, maka defendan telah melampaui batas dalam mengasingkan komen yang adil dan niat jahat,” kata Abdul Rahman.

Pada 16 November tahun lepas, Harris berkata, Yong membuat satu kenyataan tidak tepat, malahan ianya satu penafsiran, apabila beliau (Yong) meminta semua keraguan tentang sebab sebenar nahas pesawat itu dibuang dalam siasatan semula, ekoran keterangan Razaleigh yang mengatakan Harris meninggalkan pesawat itu pada minit terakhir kerana cuba menyelamatkan dirinya.

Peguam Trevor Maringking hadir mewakili Harris sementara itu Shim Mong Seng mewakili Yong.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments