Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Lelaki berseluar pendek untuk futsal, diarah hadir kaunseling

 | September 26, 2017

Pekerja kedai borong itu akan dikenakan denda RM1,000 jika gagal menghadiri sesi kaunseling pada bulan depan.

jaheik-futsal

PETALING JAYA: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) mengarahkan seorang lelaki yang berseluar pendek untuk bermain futsal, menghadiri sesi kaunseling mandatori atau akan didenda RM1,000 atas kesalahan menunjukkan lututnya.

The Star Online hari ini memetik seorang pegawai jabatan itu sebagai berkata, umat Islam terbabit tidak perlu membayar denda jika beliau menghadiri sesi kaunseling berkenaan.

Katanya, tindakan itu diambil kerana pihak berkuasa negeri mahu umat Islam berpakaian sopan di tempat awam sejajar ajaran Islam.

Beliau berkata, pelaksanaan etika berpakaian itu hanya untuk umat Islam dan tiada tindakan akan diambil terhadap lelaki atau wanita bukan Islam yang berpakaian sedemikian.

Sementara itu, lelaki terbabit, Wan Khairul Hayyee Wali, 30, berkata beliau diarah menghadiri sesi kaunseling itu bulan depan.

Pekerja kedai borong itu dipetik sebagai berkata, beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan didenda RM1,000 jika tidak mengikut arahan berkenaan.

The Star Online melaporkan lelaki berkenaan menerima notis itu pada jam 10.45 malam Isnin lalu.

Katanya, beliau cuba menjelaskan kepada penguat kuasa Jaheaik yang beliau keluar dari keretanya untuk membeli makanan bagi isterinya, sebelum pergi bermain futsal.

“Jika saya tidak berhenti untuk membeli burger, saya tidak akan tahu memakai seluar pendek ialah satu kesalahan, walaupun kami dalam perjalanan untuk bersukan.

“Takkanlah mereka nak saya pakai sarung untuk bermain futsal,” katanya sambil menambah beliau bermain futsal dengan seluar pendek sejak zaman sekolah lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments