Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Polis tahan pemandu Grab maki, ugut penguat kuasa DBKL kunci tayar

 | September 26, 2017

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, insiden itu berlaku ketika penguat kuasa DBKL ke lokasi untuk membuka kunci tayar kereta terbabit.

VIDEO INSIDE

taman-segar-dbkl

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pemandu Grab yang didakwa memaki dan mengugut penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengunci tayar kenderaannya di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin yang mengesahkan penahanan itu berkata, lelaki berusia 38 tahun itu dibawa ke balai polis daerah itu pada jam 6.30 petang tadi, selepas seorang daripada penguat kuasa DBKL itu membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan laporan berkenaan, kejadian itu berlaku kira-kira 12.46 tengah hari semalam, ketika penguat kuasa DBKL itu dan rakan setugasnya mengunci tayar sebuah kereta Myvi yang diletakkan di luar petak parkir di Taman Segar, Cheras.

“Selepas terima arahan dari pusat panggilan DBKL, pengadu bersama rakannya pergi ke lokasi untuk membuka kunci tayar kereta tersebut kerana pemilik kenderaan hendak bayar denda.

“Tiba-tiba berlaku perselisihan faham antara mereka. Semasa bertengkar, berlaku tolak-menolak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chong berkata, penguat kuasa terbabit dan saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 506 akta sama kerana melakukan ugutan jenayah.

Sebuah rakaman video selama 4 minit tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki memaki penguat kuasa DBKL, ketika seorang wanita cuba meredakan keadaan. Lelaki terbabit kemudiannya menunjukkan sebatang kayu ke arah penguat kuasa terbabit.

Sebelum meninggalkan tempat kejadian, dia dilihat menunjukkan jari dan berkata: “You tunggu.”

Awal bulan ini, seorang wanita dirakam memaki dan mengancam seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan batang kunci stereng kerana mengunci tayar keretanya yang diletakkan di parkir orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Puteri ¼, Bandar Puteri Puchong.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias dilaporkan berkata, wanita itu bersama suaminya yang merupakan OKU sudah dipanggil memberi keterangan.

Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menambah hukuman ke atas sepasang suami isteri yang mengasari penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 24 November 2016, kerana berang disaman.

Pesuruhjaya Kehakiman, Wong Teck Meng menambah hukuman penjara 14 hari kepada 5 bulan di atas kesalahan menghalang penguat kuasa MBSA melaksanakan tugas, untuk mencerminkan keseriusan kesalahan itu.

Hakim tambah hukuman kepada pasangan kasari pegawai MBSA

Wanita hayun batang kunci stereng, maki penguat kuasa kunci tayar


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments