Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Perjuangan Kassim Ahmad harus diteruskan, kata Sisters in Islam

 | October 10, 2017

Sisters in Islam berkata Kassim Ahmad mempertahankan prinsip keadilan, kebebasan berfikir dan bersuara, dan kebebasan beragama sepanjang hayatnya.

rozana-kasim-3

PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi wanita Islam, Sisters in Islam (SIS), memberi penghormatan kepada cendekiawan Kassim Ahmad, dan berkata kes mahkamah Kassim menunjukkan betapa kekuatan semangat manusia.

Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa berkata kematian Kassim diratapi bukan sahaja oleh ahli keluarga dan kawan-kawan beliau, tetapi juga mereka yang mengikuti karya yang mengikut jalan berbeza daripada pemikiran arus perdana, dan perjuangan melawan penggunaan kuasa yang sewenang-wenang.

“Beliau mempertahankan banyak idea dan prinsip sepanjang hayatnya – keadilan, kebebasan berfikir dan bersuara, dan kebebasan beragama.

“Beliau menunjukkan keberanian dan daya tahan ketika berada di titik rentan,” katanya.

Kassim tahun lepas didakwa di mahkamah kerana menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah kemudian membebaskan dan melepaskan beliau selepas mengarahkan pertuduhan ditarik balik.

Kassim meninggal dunia 10.00 pagi tadi, kurang daripada 24 jam selepas berada dalam keadan koma di Hospital Kulim, Kedah.

Anaknya, Ahmad Shauqi mengesahkan Kassim dimasukkan ke hospital untuk rawatan jangkitan paru-paru dan injap jantung tersumbat pada 16 September.

Shauqi dilaporkan berkata bapanya mengalami kesukaran bernafas malam semalam dan perlu menggunakan topeng bantuan pernafasan.

Rozana berkata Kassim meninggalkan warisan hebat melalui sumbangan intelektual dan penulisan mengenai agama, politik dan falsafah.

Penulian beliau akan terus menjadi ilham untuk generasi akan datang dan Rozana menambah perjuangan Kassim harus diteruskan.

“Semoga beliau bersama mereka yang Tuhan muliakan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments