Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ

 | October 12, 2017

MBPJ juga membenarkan perniagaan dan gerai dibuka di lokasi tunjuk perasaan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi'.

Azizi-Mohd-Zain-kleptokrasiSHAH ALAM: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini membenarkan penganjur tunjuk perasaan anti-kleptokrasi berhimpun di Padang Timur Petaling Jaya, Sabtu ini.

“Kita tiada halangan. Kita beri kebenaran kepada penganjur untuk adakan di Padang Timur. Jadi tidak ada isu dengan kita. Kita pemilik tanah itu,” kata Datuk Bandar Datuk Mohd Azizi Mohd Zain kepada pemberita, selepas Majlis Apresiasi Inovasi 2017 di Shah Alam hari ini.

“Malah program itu nak adakan perniagaan atau nak buka gerai…kita benarkan. Kita bagi permit,” tambahnya.

Semalam, polis berkata pihaknya tidak mengeluarkan permit kepada Pakatan Harapan yang mahu menganjurkan tunjuk perasaan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur susulan bantahan penduduk setempat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mencadangkan penganjur supaya berhimpun di Stadium Kelana Jaya, kerana Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta. Presiden Amanah Mohamad Sabu percaya perhimpunan Sabtu ini boleh menyaksikan penyertaan 100,000 orang.

Azizi berkata MPBJ tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat. “Tidak ada. Semua tidak ada,” katanya.

Beliau juga berkata MPBJ akan mengerahkan anggota untuk menjaga kelancaran trafik. “Oleh kerana Padang Timur itu kawasan kita, kita akan pastikan penguatkuasa akan jaga lalu lintas.”

Bincang dengan polis

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau difahamkan penganjur tunjuk perasaan akan terus berjumpa dengan polis bagi mendapatkan permit.

“Daripada maklum balas dan laporan yang saya terima, mereka akan teruskan mengadakan perbincangan untuk menjamin keselamatan, tidak berlaku kesesakan dan tidak mengganggu penduduk sekitar kawasan itu,” katanya.

Azmin tidak mahu melayan pertanyaan mengenai rancangan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos menjual ikan pada hari himpunan.

“Jamal nak jual ikan? Nak kacau himpunan? Takkan lah saya kena respon isu sebegini. Kita baru bincang soal ‘smart tech’, ‘regional smart state’, ‘internet of things’. Janganlah letakkan wacana ke tahap begitu rendah.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments