Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pudu Sentral: Dari hiruk pikuk bandar kini lengang

 | October 12, 2017

Pudu Sentral tidak lagi sibuk dengan aktiviti selepas kebanyakan perkhidmatan bas antara bandar berpindah ke Bandar Tasik Selatan.

pudu-sentral-1PETALING JAYA: Beberapa tahun lalu, Pudu Sentral, atau Puduraya, meriah dengan aktiviti, kerana ia memainkan peranan sebagai terminal bas antara bandar utama di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Paduan bunyi enjin yang membingit dan kepulan asap hitam daripada bas yang bersusun memenuhi ruang udara di bahagian platform sambil para penumpang dengan sabar menanti dan menaiki bas ke destinasi masing-masing.

Malah, pengunjung juga melanggan deretan gerai yang menjual makanan ringan dan minuman tin atau gerai makanan yang menyediakan hidangan panas.

Orang ramai singgah di Pudu Sentral hanya untuk ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara, bukan untuk menaiki bas.

Orang ramai singgah di Pudu Sentral hanya untuk ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara, bukan untuk menaiki bas.

Kini Pudu Sentral kelihatan lengang.

Tiada lagi kemeriahan ragam para penumpang yang menanti bas masing-masing, hanya beberapa individu yang terpaku pada telefon bimbit masing-masing atau peniaga yang menunggu pelanggan di kedai yang sunyi.

Hanya 2 daripada 9 kaunter tiket bas yang dibuka di Pudu Sentral.

Hanya 2 daripada 9 kaunter tiket bas yang dibuka di Pudu Sentral.

Daripada 9 kaunter tiket bas, hanya 2 yang dibuka dengan 4 pekerja mengendalikannya, menawarkan perjalanan ke Perak dan bahagian lain di Selangor.

“Kami berusaha keras untuk bertahan kerana perniagaan tidak berapa bagus,” kata seorang pekerja syarikat bas, Syarikat Perjalanan Terus (SPT) yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad Dahlan.

“Bagi tempat yang biasa sibuk, jualan tiket menurun secara drastik.

Pekerja syarikat bas Syarikat Perjalanan Terus (SPT) Mohamad Dahlan.

Pekerja syarikat bas Syarikat Perjalanan Terus (SPT) Mohamad Dahlan.

“Orang ramai berhenti menggunakan perkhidmatan bas di Pudu Sentral selepas pembukaan terminal bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.

“Kami menanggung kerugian dan kini kami tidak lagi menyediakan perkhidmatan ke utara, selatan atau timur kerana penumpang berkurangan.

“Kami hanya menyediakan perkhidmatan perjalanan jarak dekat.

“Jika tidak, kami tidak dapat membayar gaji, sewa platform dan harga bahan api yang turun naik,” katanya kepada FMT, berkongsi kepayahan meneruskan perniagaan.

Platform di mana penumpang bas biasanya menunggu untuk menaiki bas.

Platform di mana penumpang bas biasanya menunggu untuk menaiki bas.

Dahlan berkata semuanya berjalan dengan baik sebelum TBS dibuka kerana semua bas tiba di Pudu Sentral dan semua orang datang ke sini untuk menaiki bas ke mana-mana destinasi di Malaysia.

Kini, katanya, banyak syarikat bas menutup kaunter tiket di Pudu Sentral.

“Perniagaan kami hanya kelihatan baik ketika musim perayaan atau semasa cuti panjang.

“Dulu kami mempunyai 10 bas tetapi kini menjadi 4 kerana kami tidak mampu menanggung kosnya.

“Perjalanan bas kami dulu setiap jam. Kini, kami hanya ada perjalanan pada 10.00 pagi, 1.00 petang, 2.00 petang dan 6.00 petang ke destinasi seperti Teluk Intan, Simpang Empat, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Sekinchan kerana kami kekurangan penumpang.”

Dahlan juga melahirkan kerisauan jika tempat itu akan ditutup tidak lama lagi.

TBS dibuka untuk perkhidmatan pada 1 Januari 2011, mengambil alih operasi perkhidmatan bas jarak jauh arah selatan daripada Pudu Sentral.

Akibatnya, Pudu Sentral kehilangan separuh daripada jumlah bas yang kini berpindah ke TBS.

Perniagaan juga tidak memberangsangkan bagi Makcik Katty, 56, yang tidak mahu namanya disiarkan. Dia bekerja di gerai makanan itu hampir 30 tahun.

Medan selera yang hampir kosong di Pudu Sentral.

Medan selera yang hampir kosong di Pudu Sentral.

“Sukar untuk berniaga sekarang kerana orang tidak ramai datang ke sini sama ada pada hari bekerja mahupun hujung minggu.

“Tiada siapa lagi datang ke sini untuk menaik bas. Mereka datang ke sini hanya untuk berurusan di Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, BSN, bank dan pejabat lain,” katanya merujuk kepada Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di kompleks Pudu Sentral.

“Jadi apabila semua pejabat ditutup semasa Hari Raya atau cuti umum, ia akan mempengaruhi perniagaan kami kerana tiada siapa yang datang ke sini.

“Penjualan tidak memberangsangkan tetapi sewa tinggi, sekitar RM4,000 sebulan. Ini tidak termasuk kos penyelenggaraan dan bekalan gas.”

Dia berkata banyak gerai makanan ditutup kerana orang tidak ramai dan ketidakupayaan membayar sewa.

Pemilik gerai, Nudwah Nusyur, 50, berkata hampir tidak ada sesiapa yang datang membeli makanan ringan dan minuman dalam tin apabila menaiki bas untuk perjalanan jarak dekat.

Pemilik gerai, Nudwah Nusyur, yang sudah berniaga di situ 28 tahun, berkata perniagaannya semakin merudum.

Pemilik gerai, Nudwah Nusyur, yang sudah berniaga di situ 28 tahun, berkata perniagaannya semakin merudum.pudu

Dia berkata jualannya tidak menggalakkan berbanding beberapa tahun lalu di mana dia boleh mendapat RM100 sehari. Sekarang, untuk mendapatkan RM20 pun sukar.

“Saya mengalami kerugian besar dalam beberapa tahun ini.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments