Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Gerakan Akar Umbi Umno serah maklumat seleweng dana di Sabah

 | October 13, 2017

Pengerusinya Zulkarnain Mahdar berkata beliau turut bersedia dipanggil SPRM bila-bila masa bagi membantu siasatan kes itu yang dipercayai melibatkan jumlah keseluruhan RM1.5 bilion.

Zulkarnain-Mahdar-selewang-dana-sabah-sprmPUTRAJAYA: Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerahkan maklumat tambahan baharu berhubung kes penyelewengan dana untuk kepentingan rakyat miskin di Sabah.

Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata beliau turut bersedia dipanggil SPRM bila-bila masa bagi membantu siasatan kes itu yang dipercayai melibatkan jumlah keseluruhan RM1.5 bilion.

“Saya dimaklumkan SPRM akan meneliti dokumen diserahkan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen terbabit di Ibu Pejabat SPRM.

Zulkarnain berkata GAUM tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam membangkitkan isu tersebut kerana badan berkenaan bukan pelapor tunggal.

Isu itu pernah dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Dr Hiew King Cheu pada 2011 selain laporan polis oleh Angkatan Muda Keadilan Sabah sebelum ini, katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata SPRM memanggil 45 saksi termasuk 7 ditahan reman berhubung penyelewengan dana pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah membabitkan peruntukan RM1.5 bilion dan lebih 70 projek.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments