Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ibu melacur anak diarah tidak dekati mangsa

 | October 13, 2017

Rakannya yang bersubahat turut menerima arahan sama.

Dev-Kumar-pelacur-mak-anak-sendiriMIRI: Seorang wanita yang ditangkap melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun di Lawas diperintahkan mahkamah untuk tidak menghubungi atau mendekati mangsa, sehingga kes selesai dibicarakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata arahan itu dikeluarkan oleh Majistret Kelas Kedua Keli Mareng hari ini di Lawas setelah ibu kandung remaja berkenaan didakwa di pejabat Daerah Lawas bersama seorang rakan wanitanya.

Rakannya turut menerima arahan sama.

“Kedua-dua tertuduh iaitu ibu berusia 30 tahun dan rakannya berusia 45 tahun tidak membuat sebarang pengakuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dev Kumar berkata kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Willie Liau dibenarkan oleh mahkamah ikat jamin sebanyak RM8,000 seorang dengan 2 orang penjamin dan diarah lapor diri ke pejabat JSJ Lawas seminggu sekali.

Kedua-dua wanita berkenaan dituduh di bawah Seksyen 372 (1)(a) Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum 15 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments