Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

KDN pandang serius isu pengawal keselamatan disyaki Abu Sayyaf

 | October 13, 2017

Ini tangkapan pertama melibatkan pengawal keselamatan di mana kesemua suspek didapati menggunakan dokumen pengenalan palsu untuk memohon bekerja.

Alwi-Ibrahim_Abu-Sayyaf_600

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim hari ini menegaskan kementeriannya memandang serius isu tangkapan pengawal keselamatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf.

Sebelum ini, polis dilaporkan menangkap pengawal keselamatan yang disyaki anggota Abu Sayyaf menerusi 2 siri tangkapan, kata Alwi dalam kenyataan itu.

Alwi juga berkata ini adalah tangkapan pertama yang melibatkan pengawal keselamatan di mana kesemua suspek didapati menggunakan dokumen pengenalan palsu untuk memohon bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan.

Bagaimanapun, senarai syarikat yang menggaji pekerja disyaki anggota Abu Sayyaf sudah dikenal pasti, menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, beliau memberi amaran kepada semua syarikat kawalan keselamatan supaya mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kementeriannya.

Menurut kenyataan itu, sekiranya hasil siasatan membuktikan syarikat kawalan keselamatan yang terlibat cuai dalam proses pengambilan pekerja, tindakan seperti pembatalan lesen boleh dikenakan.

Hari ini juga dilaporkan operasi yang dijalankan polis sejak awal Januari hingga 6 Oktober tahun ini berjaya menahan 31 anggota kumpulan IS, diikuti Abu Sayyaf seramai 9 orang, Fetullah Turki seramai 3 orang dan Albania serta Jamaatul Mujahideen masing-masing seorang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments