Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ketua cawangan Umno didakwa hina pemimpin Puteri

 | October 13, 2017

Zarin dituduh memanggil seorang exco Puteri Umno 'GRO' dalam muat naik Facebook.

VIDEO INSIDE

Abd-Zahrin-Mohd-YasinKLANG: Seorang ketua cawangan Umno hari ini mengaku tidak bersalah mengeluarkan kenyataan “jelik” terhadap ahli Puteri Umno tahun lalu di laman Facebook miliknya.

Hakim Tasnim Abu Bakar mengarahkan Ketua Cawangan Umno Sri Labuan di Bandar Tun Razak, Datuk Abd Zarin Mohd Yasin, 65, dikenakan jaminan RM5,000 oleh seorang penjamin sementara pasport antarabangsanya diserah kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Fitri Abdullah Wahid menyatakan anak guamnya tidak bekerja dan mempunyai 4 tanggungan.

Tasnim kemudiannya mengurangkan jaminan kepada RM4,000 oleh seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah pada 16 November.

Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes Zarin pada 16 November ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Zarin, yang menggunakan nama Zaharin Mohd Yasin, dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Beliau melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Zaharin pada 8 Oktober tahun lalu menerusi komen di Facebook miliknya menuduh Exco Puteri Umno Mimie Hariane Alias, 39, sebagai seorang GRO.

Sementara itu, Zaharin dalam muat naik Facebook berkata beliau akan terus kekal dalam Umno.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments