Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Malaysia hentikan semua import dari Korea Utara

 | October 13, 2017

Sementara import dihentikan, Malaysia masih teruskan eksport ke Korea Utara, termasuklah eskport minyak sawit, makanan dan bekalan kesihatan bernilai RM4.4 juta antara Januari dan Julai.

north-korea-1KUALA LUMPUR: Malaysia yang selama ini salah satu negara sahabat Korea Utara menghentikan semua import dari negara itu, sebagai sebahagian usaha global untuk memotong dana program nuklear dan peluru berpandu dijalankan di situ.

Malaysia tidak membeli apa-apa barangan dari Korea Utara pada Jun dan Julai selepas membeli barangan bernilai RM2.6 juta pada 5 bulan pertama tahun ini, berdasarkan data daripada Jabatan Statistik.

Hubungan Malaysia dengan Korea Utara semakin teruk sejak pembunuhan abang sebapa kepada Kim Jong Un di KLIA, di mana Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan mengatakan ianya diarah oleh pemimpin Korea Utara itu.

Bulan lepas, Malaysia melarang rakyatnya ke Korea Utara, 2 minggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu Presiden AS Donald Trump di Rumah Putih. Lawatan itu memberi Najib satu rangsangan politik di Malaysia selepas namanya tercemar akibat skandal besar melibatkan dana pelaburan kerajaan, yang sedang disiasat Jabatan Kehakiman AS.

Trump beritahu pemberita selepas bertemu Najib di Rumah Putih bulan lepas yang Najib “sudah tidak menjalankan perniagaan dengan Korea Utara dan kita fikir itu sangat penting”.

Malaysia sebelum ini sumber hasil utama untuk Korea Utara. Rakyat kedua-dua negara itu boleh melawat 2 negara itu tanpa visa. Malaysia menjadi tuan rumah kepada ramai pekerja asing. Lebih utama ialah operasi menyalurkan duit ke rejim itu. Awal tahun ini, Reuters melaporkan agensi pengintip Korea Utara, Biro Pengintipan, sedang menjalankan operasi senjata dari Kuala Lumpur.

Sekatan drastik

Penghentian import kepada Korea Utara oleh Malaysia berikutan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan AS bulan lepas yang melonjakkan larangan eksport dan mendenda syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan dengan Korea Utara.

PBB pada 11 September melarang eksport tekstil Korea Utara yang menguntungkan dan juga semua usaha sama dengan individu atau entiti warga Korea Utara.

Trump mengeluarkan perintah eksekutif 10 hari selepas itu yang mendenda mana-mana syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan dengan Korea Utara dengan membatalkan akses ke sistem kewangan AS, membekukan aset atau kedua-duanya sekali.

Negara Asia Tenggara lain juga mengurangkan import dari Korea Utara. Filipina bulan lepas berkata mereka sudah menangguhkan perdagangan dengan Korea Utara bagi mematuhi sekatan itu.

Import negara Thailand dari Korea Utara juga jatuh kepada AS$400,000 antara Januari dan Ogos, berbanding AS$1.8 juta pada tempoh sama tahun lepas, menurut data kementerian perdagangan negara itu.

Sementara itu, Indonesia, meningkatkan import dari Korea Utara kepada AS$1.8 juta pada Januari hingga Julai sebelum sekatan yang baru itu, berbanding AS$910,000 pada tempoh sama tahun lepas.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, semasa lawatan singkat ke Asia Tenggara pada Ogos lalu, menggesa negara-negaa melakukan lebih banyak pemotongan dana yang disalurkan ke Korea Utara.

Contohnya, syarikat Korea Utara menggunakan Bangkok sebagai pusat serantau dan menukar nama dengan kerap, kata Pembantu Setiausaha untuk Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Susan Thornton kepada pemberita semasa lawatan ke Bangkok awal Ogos lalu.

Penyangkut baju dan ketam

Antara import Malaysia dari Korea Utara sebelum ini adalah barangan berharga seperti arang, alat peranti kesihatan dan diod cahaya dan juga barangan seperti ketam, mi, penyangkut baju dan pemadam api.

Seorang pegawai kerajaan AS memberitahu Reuters yang Malaysia meyakinkan AS mereka tidak lagi mengimport dari Pyongyang.

Kementerian perdagangan bagaimanapun tidak memberi respons apabila diminta komen berhubung perkara ini.

Malaysia selama ini antara negara yang semakin meningkatkan import dari Korea Utara pada tahun-tahun kebelakangan ini, daripada hanya RM1,183 pada 2012 sehingga RM8.2 juta pada 2016.

Satu pembelian luar biasa tahun ini adalah arang, dibeli oleh Malaysia selepas China, pembeli utama mineral dari Korea Utara itu melarang import komoditi tersebut pada Februari. Satu laporan PBB pada September lalu mengatakan Korea Utara mempelbagaikan eksport arangnya kepada negara lain selepas larangan oleh China.

Malaysia membeli arang bernilai AS$3.4 juta pada Mac dan produk tar arang bernilai AS$16.6 juta, menurut data. Pembelian pada bulan Mac itu adalah pertama kali Malaysia membeli arang daripada Korea Utara sejak 2012.

Sementara import dihentikan, Malaysia masih teruskan eksport ke Korea Utara, termasuklah eskport minyak sawit, makanan dan bekalan kesihatan bernilai RM4.4 juta antara Januari dan Julai.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments