Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nazri: Pesta arak bukan budaya Malaysia

 | October 13, 2017

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, Malaysia berbeza dengan Jerman atau Bavaria yang merupakan negara pengeluar arak dan mengadakan 'Octoberfest' untuk mempromosikan arak keluaran mereka.

nazri-aziz_beer_600new

KUALA LUMPUR: Penganjurkan pesta arak tidak pernah menjadi budaya Malaysia dan tidak sekali-kali menjadi sebahagian daripada budaya kebangsaan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal pada 1971 menggariskan antara lain kebudayaan kebangsaan mesti berasaskan budaya penduduk pribumi rantau ini dan Islam sebagai komponen penting dalam penggubalan dasar itu.

“Tolong faham, jangan fikir kami mengharamkan semua ini kerana kami adalah negara Islam, tetapi ia bukan budaya kami, sama ada kami orang Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban untuk mengadakan pesta arak besar-besaran,” katanya pada Siri Kuliah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) semalam.

Nazri berkata, keadaan berbeza di Jerman atau Bavaria kerana kedua-dua negara tersebut adalah negara yang penduduknya minum arak dan juga negara pengeluar arak.

“Mereka boleh mengadakan ‘Octoberfest’ kerana mahu mempromosikan arak keluaran mereka, mereka adalah negara yang penduduknya minum arak dan negara pengeluar arak, tetapi di negara ini, kita tidak mengeluarkan arak,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pengharaman pesta itu tidak bermakna minum arak tidak dibenarkan sama sekali di negara ini.

“Mereka boleh minum arak di pub kerana boleh mengawal orang ramai sekiranya seseorang terangsang dan mabuk, tetapi untuk menganjurkan pesta itu yang kita tidak dapat mengawal orang ramai, mungkin akan berlaku pergaduhan, sesetengah pengunjung mabuk dan tidak tahu apa yang mereka katakan.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments