Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelajar dicuci otak tidak minat politik?

 | October 13, 2017

Aktivis pelajar, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, sebab utama belia tidak minat politik kerana kurang pendedahan, takut dan indoktrinasi.

Anis-Syafiqah_polatical_sekolah_600PETALING JAYA: Seorang aktivis pelajar menyalahkan faktor kurang pendedahan, takut dan indoktrinasi sebagai punca belia di negara ini tidak minat politik.

Anis Syafiqah Md Yusof berkata, buku teks sekolah dipenuhi pencapaian sebuah parti politik sahaja dan mereka akan mengabaikan pandangan bertentangan naratif kerajaan.

Situasi sama berlaku di universiti awam di mana pelajar hanya mendengar perdebatan politik sebelah pihak sahaja.

Katanya, ramai yang menyedari hakikat politik hasil pembacaan atau hubungan dengan aktivis, tetapi mereka tidak berani mengaku kerana bimbang dengan kesannya.

“Mereka takut dibuang atau digantung universiti,” katanya kepada FMT.

Anis mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak baru-baru ini mengenai sikap pasif belia dalam politik berdasarkan tinjauan Merdeka Center.

Salleh berkata, pandangan belia terhadap politik perlu diperbetulkan untuk mengelakkan mereka bersikap acuh tak acuh.

Berdasarkan laporan tinjauan itu, salah satu sebab beliau bersikap acuh tak acuh kerana responden meragui keikhlasan ahli politik, berdasarkan pemerhatian mereka wujud konflik dalaman dalam parti politik.

Bagaimanapun, Anis berkata, itu hanya faktor kecil.

Beliau menegaskan sebab utama adalah kurang pendedahan, takut dan indoktrinasi.

Katanya, sukar untuk pelajar zaman sekarang mendapatkan pendedahan terhadap pendapat berbeza daripada naratif pemerintah, tidak seperti zaman 1970-an di mana mereka bebas menganjurkan ceramah dan debat.

Tahun ini, Universiti Malaya mengadakan ceramah tertutup mengenai 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy tetapi pelajar tidak dibenarkan merakam ceramah itu.

Katanya, ceramah dan acara seperti itu merupakan kaedah indoktrinasi yang ketara.

Beliau mendakwa indoktrinasi halus datang dalam bentuk pemberian faedah tertentu kepada pelajar yang jelas menyokong kerajaan.

 

Pelajar UM bidas sesi ‘cuci otak’ 1MDB


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments