Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Remaja buat bom, berkait pengganas ditangkap

 | October 13, 2017

Ini diikuti penangkapan 8 individu minggu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.

Fuzi-Harun-tangkap-remaja-buat-bomPETALING JAYA: Seorang remaja 18 tahun ditangkap awal minggu ini kerana membuat bom, lapor The Star.

Remaja itu salah seorang daripada beberapa orang yang ditangkap di Kelantan Rabu lalu kerana mempunyai kaitan pengganas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mengesahkan tangkapan itu dan maklumat lanjut akan didedahkan dalam 3 hari.

Tangkapan itu diikuti penangkapan 8 individu minggu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.

Menurut polis, mereka terdiri daripada 4 warga Malaysia, 3 warga Filipina dan seorang warga Albania.

Salah seorang daripada warga Filipina itu dikatakan mempunyai status pemastautin tetap.

Pada 5 September, Fuzi mengumumkan tangkapan 19 lelaki disyaki mempunyai kaitan aktif dengan IS, yang mana sesetengahnya merancang melancarkan serangan pada majlis penutup Sukan SEA 2017 pada 30 Ogos dan juga pada sambutan Hari Merdeka ke-60 keesokannya.

Suspek termasuk 11 warga Bangladesh, Maldives, Iraq, Palestin, Indonesia dan Filipina. Beberapa daripada mereka pernah sertai rancangan pengganas dan pembunuhan, dan juga beberapa aktiviti kombat lain dengan IS dan sekutunya.

Pada 15 September, Fuzi mengumumkan penangkapan seorang lelaki disyaki menerima arahan daripada IS untuk lancarkan serangan ke atas orang bukan Islam dan tempat ibadah mereka di Malaysia.

Pada 21 September, 7 warga Filipina disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas ditangkap di Lembah Klang. Mereka dilaporkan bekerja sebaga pengawal keselamatan untuk syarikat swasta di Kuala Lumpur dan Selangor.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments