Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Seleweng dana: Pemimpin parti politik dibebaskan

 | October 13, 2017

Prosiding itu dijalankan di sebuah hospital swasta dan SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin.

sprm_men_6001KOTA KINABALU: Seorang pemimpin parti politik Sabah yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini dibebaskan hari ini.

Lelaki berusia 46 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ikat jamin RM50,000 tanpa deposit dengan 2 orang penjamin di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Prosiding itu dijalankan di sebuah hospital swasta dan SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin.

Sebelum ini, individu berkenaan ditahan reman selama 5 hari sejak Jumaat lepas, dan kemudiannya remannya disambung semula 3 hari mulai Selasa lalu, sebelum dimasukkan ke Hospital KPJ Damai disebabkan kekurangan air dalam badan serta tekanan darah tinggi.

Lelaki berkenaan antara 7 individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments