Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Suaram mahu undang Dr M, bekas KPN ke forum Ops Lalang

 | October 13, 2017

Kumpulan hak asasi manusia berkata forum itu bukan untuk mengkritik Dr Mahathir Mohamad dan Hanif Omar, tetapi beri peluang mereka menjelaskan tindakan mereka pada 1987.

Sasterawan A Samad Said (baju puth) dan Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy (baju hitam) bersama aktivis memegang sepanduk acara Ops Lalang.

Sasterawan A Samad Said (baju puth) dan Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy (baju hitam) bersama aktivis memegang sepanduk acara Ops Lalang.

KUALA LUMPUR: Kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merancang untuk mengundang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar ke suatu forum sempena ulangtahun Ops Lalang ke-30 bulan ini.

Pengarah Eksekutif Sevan Doraisamy berkata acara itu akan diadakan pada 28 & 29 Oktober di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

“Untuk forum 29 Oktober itu, kami akan mengundang bekas tahanan seperti pengasas kami Dr Kua Kia Soong, Dr Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia dan Mohamad Sabu dari Amanah.

“Mereka akan bercakap mengenai pengalaman mereka dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kami berharap Tun Mahathir dan mana-mana pegawai kanan kerajaan ketika Ops Lalang dapat hadir,” katanya pada sidang media di KLSCAH hari ini.

Lebih 100 aktivis, ahli politik dan ahli akademi ditahan di bawah ISA pada 1987.

Akhbar seperti Sin Chew Daily, The Star dan Watan juga diharamkan.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments