Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tahniah Najib selamatkan AS, sindir Dr M

 | October 13, 2017

Bekas perdana menteri itu memberikan reaksi dakwaan beliau menyogok RM1 bilion kepada Lim Kit Siang.

mahathir-najib3PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir Datuk Seri Najib Razak susulan lawatan ke Washington baru-baru ini, sambil mengucapkan tahniah kerana berjaya menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

“Tahniah kepada kerajaan, Najib dan menteri-menteri Barisan Nasional (BN). Kamu sudah ‘put Malaysia on the world map’ (meletakkan Malaysia dalam peta dunia). Tahniah,” tulisnya menerusi blog hari ini.

Najib bertemu Presiden Donald Trump dan anggota kanan pentadbirannya di White House pada 13 September lalu, di mana Malaysia menyatakan kesediaan membantu ekonomi AS dengan melibatkan diri dalam membangunkan prasarana melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai antara AS$3 bilion dan $4 bilion, selain membeli 25 buah pesawat Boeing 737.

Dr Mahathir berkata beliau “berbangga” kerana ia pertama kali seorang perdana menteri “menyelamatkan kuasa dunia”.

Dr Mahathir membuat rujukan lawatan Najib itu ketika menyentuh dakwaan beliau menyogok sebanyak RM1 bilion kepada Lim Kit Siang untuk membolehkannya menjadi pengerusi Pakatan Harapan, seperti didakwa penulis blog pro-Umno, Raja Petra Kamarudin.

“Apalah sangat saya ini. Tak ada duit pun, jauh sekali nak sogok Kit Siang dengan RM1 bilion. Tak dilayan seperti Najib oleh presiden AS. Tak dapat sogok Trump dengan RM90 bilion. Tidak dipeluk presiden kuasa dunia terbesar,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments