Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tentera Filipina buru militan paling dikehendaki dari Malaysia

 | October 13, 2017

Komander tentera wilayah itu, Leftenan Jeneral Carlito Galvez dilaporkan berkata, Mahmud berjaya mengelak serangan tentera dan bersama pemimpin militan tempatan, Isnilon Hapilon dan Omar Maute.

Carlito-Galvez-Mahmud-Ahmad-militan-isis-malaysiaKOTA KINABALU: Tentera Filipina menjadikan penahanan militan paling dikehendaki dari Malaysia, Dr Mahmud Ahmad yang masih hidup dan bertempur di Marawi, sebagai keutamaan mereka.

Komander tentera wilayah itu, Leftenan Jeneral Carlito Galvez dilaporkan berkata, Mahmud berjaya mengelak serangan tentera dan bersama pemimpin militan tempatan, Isnilon Hapilon dan Omar Maute.

“Mahmud masih hidup dan bersama Hapilon serta Omar. Tetapi, tentera kami tekad meneutralkan mereka dalam gerak gempur terakhir kami.

“Mahmud antara 6 hingga 8 militan asing yang masih berada di barisan depan.

“Menangkap Mahmud ialah satu keutamaan,” kata Galvez.

Mahmud dilaporkan menerima latihan di sebuah kem al-Qaeda di Afghanistan di bawah Osama bin Laden ketika dia menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan pada lewat 1990-an.

Dia kemudian pulang ke tanah air untuk mengajar di Universiti Malaya. Dia melarikan diri ke selatan Filipina susulan pendedahannya sebagai militan oleh polis Malaysia pada 2014.

Jun lalu, Mahmud dilaporkan maut dalam pertempuran, tetapi tiada laporan mengenai penemuan mayatnya.

Panglima tentera Filipina, Jeneral Eduardo Ano dilaporkan berkata, Mahmud maut pada 7 Jun lalu selepas cedera dalam pertempuran di Marawi pada Mei.

Bagaimanapun, bekas tebusan yang diselamatkan pada bulan lalu memaklumkan Mahmud masih hidup.

Seorang lagi militan Malaysia di Marawi, Muhammad Joraimee Awang Raimee disahkan terbunuh oleh pihak berkuasa, namun belum ada laporan mengenai penemuan mayatnya.

Semalam, Timbalan Komander Pasukan Petugas Bersama Ranao, Kolonel Romeo Brawner Jr dilaporkan berkata, banyak mayat pengganas disyaki termasuk warga asing ditemui.

Bagaimanapun, laporan menyatakan sejumlah mayat itu belum dikenal pasti, proses panjang yang dibantu penyiasat dari Amerika Syarikat yang menawarkan ganjaran AS$5 juta ke atas penahanan Hapilon.

Sumber yang tahu tentang sains forensik memberitahu FMT “orang yang dikehendaki akan disahkan maut selepas DNA atau mayatnya dikenal pasti secara positif 100%.”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya belum dimaklumkan mengenai penemuan mayat Joraimee.

Lebih 1,000 orang, kebanyakannya militan terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Filipina dan kumpulan militan Abu Sayyaf serta Maute yang masing-masing diketuai Hapilon dan Omar.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments