Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Polis rakam keterangan penganjur himpunan anti-kleptokrasi

 | October 16, 2017

Ahli urusetia "Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi", Lim Yi Wei, mungkin berdepan pendakwaan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Lim Yi Wei (kanan) dan peguam bercakap kepada pemberita selepas polis merakam keterangannya.

Lim Yi Wei (kanan) dan peguam bercakap kepada pemberita selepas polis merakam keterangannya.

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini diambil keterangan berhubung pembabitan beliau dalam tunjuk perasaan anti-kleptokrasi Sabtu lalu.

Ahli urusetia “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi”, Lim Yi Wei, kini berdepan kemungkinan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Lim bagaimanapun tidak pasti mengapa beliau dipanggil polis, tanpa memberitahu butiran pertemuannya selama 45 minit dengan pihak berkuasa.

Beliau juga tidak pasti apabila ditanya sama ada beliau akan didakwa di bawah akta itu.

“Saya harap tidak kerana itu seperti intimidasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui balai polis.

Peguamnya, Vince Tan, berkata beliau menjangkakan anak guamnya akan didakwa kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Beliau turut terkejut Lim dipanggil untuk disoal.

“”Ia agak tiba-tiba. Perhimpunan itu hanya 2 hari lalu,” katanya.

Beberapa hari sebelum himpunan pada 14 Oktober itu, polis berikrar akan mengambil “tindakan sewajarnya” terhadap penganjur sekiranya mereka mengadakan tunjuk perasaan di Padang Timur di Petaling Jaya, tanpa izin.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata himpunan itu tidak boleh diadakan di kawasan itu kerana penduduk setempat membantah penganjurannya.

Kenyataan Noor Rashid itu dibuat sehari selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun menasihatkan penganjur supaya mengadakan acara itu di Stadium Kelana Jaya.

Himpunan itu menampilkan pimpinan pembangkang, termasuk pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan ribuan hadirin.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments