Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SKMM pertimbang perkenal platform ‘Digital ID’

 | October 16, 2017

Langkah tersebut penting bagi urus niaga yang memerlukan tahap privasi dan jaminan keselamatan yang tinggi.

mcmc-i-Tan-Sri-Halim-Shafie

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan platform Digital ID yang selamat untuk digunakan oleh orang ramai dan sektor swasta bagi meningkatkan kepercayaan, kata Pengerusi Tan Sri Halim Shafie.

Beliau berkata langkah tersebut penting, terutamanya bagi urus niaga yang memerlukan tahap privasi dan jaminan keselamatan yang tinggi seperti yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan kewangan.

Katanya Kajian Pengguna Internet SKMM yang dijalankan pada 2016 mendedahkan hanya 36% daripada mereka yang ditemu bual menggunakan perkhidmatan e-perbankan, dan menambah kebimbangan mengenai keselamatan antara sebab bagi peratusan yang rendah ini.

“Kami percaya kunci kepada peningkatan penggunaan perkhidmatan digital adalah melalui peningkatan kepercayaan dan menguatkuasakan keselamatan siber. Terdapat hubungan yang mudah antara keselamatan siber, kepercayaan dan ekonomi digital,” katanya pada pra pelancaran Malaysia FinTech Awards 2018 di ibu pejabat SKMM di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia FinTech Awards 2018 merupakan majlis anugerah perniagaan teknologi pertama yang mengiktiraf pencapaian syarikat-syarikat teknologi kewangan paling inovatif di Malaysia.

Acara itu, yang dijadualkan diadakan pada 8 Mac, 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, akan turut mengadakan forum mengenai trend pasaran dan isu-isu dalam industri teknologi kewangan, katanya.

Halim berkata antara kategori yang dipertandingkan ialah FinTech Personality of The Year, FinTech Start-Up of The Year, FinTech Innovation of The Year, Prominent Banking Applications of The Year, dan FinTech Company of The Year.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Usahawan Dinamik Datuk Rosthman Ibrahim berkata Malaysia FinTech Awards 2018 akan membuka peluang kepada semua usahawan untuk mengembangkan rangkaian dan perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas.

Malaysia Fintech Awards 2018 dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Dinamik di bawah naungan SKMM, katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments