Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sultan Selangor tarik tauliah Zamihan, arah pantau ceramah agama

 | October 16, 2017

Tauliah Zamihan ditarik balik lanjutan daripada ceramah agama yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan melampau.

Sultan-Selangor,-ZamihanPETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bersetuju agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zin.

Dengan ini, Zamihan, yang juga pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), tidak boleh lagi mengajar agama di Selangor, atau berdepan denda RM3,000 atau penjara 2 tahun jika berbuat demikian.

“Tindakan ini lanjutan daripada ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan bin Mat Zin yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja,” kata Sultan Selangor dalam kenyataan hari ini.

Keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah MAIS, yang menapis penceramah agama di Selangor juga dibatalkan.

Sultan Sharafuddin juga mengarahkan semua ceramah dan kuliah di masjid dan surau di Selangor dirakamkan bagi tujuan rekod dan pemantauan, serta penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah tidak disiarkan ke luar masjid atau surau.

“Ini adalah bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan,” kata Sultan Selangor.

Minggu lalu, Majlis Raja-raja Melayu mengecam “tindakan bersifat keterlaluan” susulan kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” baru-baru ini.

Majlis Raja-raja Melayu berkata tindakan itu boleh menjejaskan keharmonian hubungan antara rakyat pelbagai agama dan kaum, serta membawa implikasi lebih mendalam sekiranya sesuatu tindakan itu bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

“Imej Islam sebagai agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleran, sederhana dan inklusif wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat,” katanya melalui kenyataan 10 Oktober lalu.

Ia selepas Zamihan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi layan diri di Muar menghentikan dasar “mesra Muslim” dan menganggap orang bukan Islam tidak bersih.

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan dalam kuliah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, pada 8 Oktober.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” katanya sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan, termasuk sultan.

“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” katanya yang dibebaskan Sabtu lalu, selepas direman 3 hari untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.

Sabtu lalu, Sultan Johor menyifatkan Zamihan “tin kosong” dan angkuh, serta melarang Jabatan Agama Islam Negeri Johor berurusan dengan Jakim.

Pegawai Jakim selar Sultan Johor, bidas Cina tak bersih

Sultan Johor kecam Zamihan tin kosong, angkuh


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments