Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau

 | October 16, 2017

Ini kerana di dalam Islam pun hanya bunyian azan yang disiarkan ke luar, kata pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

wanji-speaker-masjid

PETALING JAYA: Penceramah Wan Ji Wan Hussin menyokong titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah tidak disiarkan ke luar masjid atau surau.

Ini kerana di dalam Islam pun hanya bunyian azan yang disiarkan ke luar, kata pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Kalau kuliah, suaranya sampai di luar, kadangkala memberikan imej tidak baik (dari) sudut pandang orang bukan Islam kepada Islam,” kata Wan Ji di Facebook hari ini.

“Bukan sekadar menganggu mereka, bahkan ada dalam kalangan ustaz yang berceramah maki hamun dan mencela dalam syarahan mereka sehingga orang bukan Islam jadi takut dan salah faham terhadap Islam.”

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan masjid dan surau di Selangor hanya boleh menggunakan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah agama dalam kawasan bangunan masing-masing sahaja kecuali untuk laungan azan dan bacaan al-Quran.

Arahan itu susulan kontroversi ceramah Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin di sebuah masjid di Shah Alam baru-baru ini, yang mengandungi “perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja”.

Larangan itu bagi memelihara imej Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan, kata Sultan Selangor dalam kenyataan hari ini.

Sultan Sharafuddin juga mengarahkan semua ceramah dan kuliah di masjid dan surau di Selangor dirakamkan bagi tujuan rekod dan pemantauan.

Wan Ji berkata langkah pemeliharaan imej Islam seperti itu juga pernah dicadangkan di Pulau Pinang sebelum ini.

“Saya antara yang menyatakan sokongan dan mencadangkan ia dicontohi oleh negeri-negeri lain.

“Namun, ketika itu ada sebilangan pihak dari Umno yang mencela dan memfitnah kami kononnya anti Islam. Lebih parah, sampai ada fitnah bahawa di Pulau Pinang ada larangan azan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments