Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

286kg ketum dirampas ATM

 | October 17, 2017

Rampasan tersebut merupakan ke-3 terbesar dalam tempoh tidak lebih 10 hari sejak rampasan pertama dibuat.

daun-ketum-atmALOR SETAR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan 2 Rejimen Sempadan (2 RS) merampas 286kg daun ketum bernilai RM27,170, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran petang semalam.

Panglima 6 Briged Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata rampasan itu dibuat oleh 4 anggota bersama seorang pegawai Leftenan Syafiq Mohd Safian, melihatkan 4 lelaki menaiki dua kenderaan pacuan empat roda sedang menurunkan plastik hitam ke dalam semak berhampiran Pos Batu 43 di Gubir pada 3.10 petang.

“Bagaimanapun lelaki tersebut sempat melarikan diri apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan kami dan meninggalkan 12 plastik hitam serta 1 guni putih berisi daun ketum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua rampasan daun ketum itu diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

Menurut rekod, rampasan tersebut merupakan ke-3 terbesar dalam tempoh tidak lebih 10 hari sejak rampasan pertama dibuat.

Abdul Aziz menegaskan pasukan 2 RS sentiasa komited menangani sebarang ancaman terhadap negara termasuk yang membabitkan kegiatan penyeludupan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments