Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

KPN: Polis siasat video skandal pegawai kanan SPRM

 | October 17, 2017

Fuzi Harun berkata polis sedang mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyebaran video itu.

IGP-fuzi-sprmPETALING JAYA: Polis mengesahkan sedang menyiasat video yang memaparkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyebaran video tersebut, lapor Sinar Harian.

“Kalau perlu buat tangkapan, kita akan buat. Namun, setakat ini masih tiada sebarang tangkapan lagi.

“Bukan mudah kita hendak mengesan individu terbabit dan kita sedang berusaha ke arah perkara itu,” katanya.

Fuzi juga berkata tiada laporan polis dibuat oleh SPRM.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Puad Zarkashi berkata video itu taktik memeras ugut pegawai tersebut.

“Saya mengecam mereka yang cuba memfitnah pegawai SPRM itu dengan cerita sensasi itu. Ia dilakukan dengan niat untuk memeras ugut SPRM supaya tidak mengambil tindakan tegas dalam melawan rasuah membabitkan tokoh politik tertentu,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments