Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Menteri kanan Jerman syor cuti umum perayaan Islam

 | October 17, 2017

Pemimpin parti Angela Merkel itu mempersoalkan ketiadaan cuti perayaan bagi umat Islam Jerman yang berjumlah lebih 4 juta itu.

Thomas-de-Maiziere-syor-cuti-umum-perayaan-IslamPETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere diselar ahli partinya pada Ahad selepas dia mencadangkan kerajaan mengiktiraf cuti umum untuk rakyat beragama Islam di negara itu.

The Washington Post melaporkan Maiziere mencadangkan cuti umum itu kepada kerajaan pimpinan Canselor Angela Merkel.

“Terdapat ramai orang Islam, kenapa kita tidak boleh perkenalkan cuti umum untuk orang Islam?” katanya.

Maiziere bercakap pada sebuah majlis anjuran Christian Democratic Union (CDU) yang dipimpin Merkel.

Kira-kira 4.5 juta dari 80 juta penduduk Jerman adalah beragama Islam, dan beberapa wilayah memperkenalkan cuti umum perayaan agama, di mana 9 cuti umum dikaitkan dengan perayaan Kristian.

Bagaimanapun, Pengerusi CDU wilayah Lower Saxony, Bernd Althusmann menolak cadangan Maiziere serta merta, berkemungkinan bimbang kesan negatif terhadap keputusan pilihan raya di wilayah itu.

“Secara umumnya, saya fikir perbincangan mengenai cuti umum agama tidak sesuai dikemukakan semasa kempen pilihan raya.

“Pemberian cuti adalah tradisi lama di Jerman. Saya tidak nampak keperluan untuk membuat perubahan pada struktur yang sudah ditetapkan,” katanya.

Sesetengah ahli parti konservatif Jerman itu bimbang dengan cadangan Maiziere.

Mereka berpendapat ia mungkin menjejaskan parti itu dengan menjadikannya lebih berhaluan kiri walaupun ia tidak cukup meyakinkan pengundi mengundi mereka, selain menjauhkan pengundi konservatif haluan kanan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments