Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Seleweng dana: 3 pemimpin parti politik dibebaskan

 | October 17, 2017

Sebelum ini, kesemua individu berkenaan ditahan reman selama 5 hari sejak Selasa lepas, kemudian tempoh reman mereka disambung 3 hari mulai Ahad lalu.

macc-arrest-1 (1)KOTA KINABALU: Tiga individu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah dibebaskan hari ini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan ketiga-tiga lelaki yang merupakan pemimpin 2 parti, masing-masing dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan deposit RM30,000 dan 2 orang penjamin.

Seorang lagi individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 tanpa deposit dengan 2 orang penjamin.

Sebelum ini, kesemua individu berkenaan ditahan reman selama 5 hari sejak Selasa lepas, kemudian tempoh reman mereka disambung 3 hari mulai Ahad lalu.

Kesemua mereka antara 8 individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diseleweng daripada sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments