Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Subsidi minyak tidak bantu golongan miskin, kata ahli ekonomi

 | October 17, 2017

Jomo Kwame Sundaram dan Muhammed Abdul Khalid berkata lebih baik tumpu kepada menjadikan pengangkutan awam lebih menarik.

jomo-petrolPETALING JAYA: Ahli ekonomi berkata idea Pakatan Harapan memperkenalkan semula subsidi petrol sekiranya gabungan pembangkang itu menang pilihan raya umum tidak akan membantu golongan miskin.

Mereka mengulas kenyataan Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR Wong Chen dalam perbincangan langsung di Facebook tentang belanjawan akan datang anjuran iMoney.my hari ini. Wong berkata negara pengeluar minyak yang tidak mensubsidikan minyak untuk golongan miskin adalah tidak bermoral.

“Kita sedang melihat beberapa cara bagaimana subsidi minyak benar-benar boleh memberi manfaat kepada golongan miskin,” kata Wong Chen. “Kami sedar kami ada tanggungjawab moral untuk mensubsidikan golongan termiskin.”

Ahli ekonomi terkemuka Jomo Kwame Sundaram dan Ketua Ekonomi DM Analytics Muhammed Abdul Khalid bagaimanapun berkata subsidi harga petrol bukan idea yang bagus kerana ia tidak membantu golongan miskin.

“Dalam krisis sekarang ini, tiada ada hujah untuk mengembalikan semula subsidi minyak kecuali apabila harganya sekitar 200 dolar setong,” kata Jomo. “Kita semua tahu sebahagian besar minyak dinikmati golongan kelas pertengahan.”

Muhammed bersetuju dengan Jomo, dan berkata: “Apabila kamu bercakap mengenai golongan miskin, mereka yang menaiki basikal atau bas. Subsidi minyak membantu mereka yang memandu BMW.”

Muhammed menyifatkan subsidi minyak sebagai regresif, dan berkata ia hanya memberi manfaat kepada mereka yang mampu memandu kereta peribadi.

“Kita tidak boleh kembali ke sistem itu kecuali harga minyak terlalu tinggi. Kalau kamu mahu membantu golongan miskin maka bukan itu caranya.”

Jomo berkata cara lebih berkesan untuk membantu golongan miskin ialah menumpukan kepada menjadikan pengangkutan awam lebih menarik.

“Sekarang ini tidak menarik. Ada keputusan strategik pada 1980-an untuk mempromosikan kereta kebangsaan dan ini menyebabkan sektor pengangkutan awam menderita,” katanya. “Perkara itu dibetulkan dalam tempoh kebelakangan ini namun tidak mencukupi.”

“Jika subsidi diperlukan maka ia perlu disalurkan ke pengangkutan awam.”

Beliau berkata antara masalah yang dialami pengangkutan awam termasuk isu keselamatan dari segi operasi dan penumpang.

“Ada operasi yang sangat tidak selamat untuk penumpang dan wanita terutamanya sangat khuatir akan isu keselamatan.

“Hala tuju haruslah membetulkan pengabaikan pengangkutan awam.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments