Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tian Chua dibebaskan akhir bulan ini

 | October 17, 2017

Peguamnya N Surendran berkata Tian Chua juga akan menghadiri sesi persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula minggu depan.

Tian-Chua-dibebaskan-akhir-bulan-iniKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Tian Chua akan dibebaskan 27 Oktober ini selepas menjalani hukuman penjara sebulan di Penjara Kajang.

Peguamnya N Surendran berkata Tian Chua juga akan menghadiri sesi persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula minggu depan.

“Beliau akan dibebaskan pada 27 Oktober dan sudah tentu akan menghadiri persidangan Parlimen,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 kerana enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak pada 2.30 petang, 29 April 2012, sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.

Media sebelum ini melaporkan Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR menarik balik rayuan terakhirnya berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments