Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

 | October 17, 2017

Zamihan bagaimanapun berkata beliau akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai.

zamihan-sultan-selangorSHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin memohon maaf terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akur dengan pelucutan tauliahnya oleh baginda semalam.

Zamihan dalam kenyataan hari ini berkata sebagai rakyat biasa, beliau menghormati keputusan diambil Sultan Sharafuddin sebagai waliyyul amri ataupun seorang pemerintah.

“Saya sekali lagi merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan, sekiranya terguris hati dengan tutur kata saya ketika menyampaikan ceramah agama. Sesungguhnya saya selaku rakyat biasa tiada niat untuk menghina institusi diraja melainkan hanya tanggungjawab menyebarkan syiar Islam,” katanya.

Semalam Sultan Sharafuddin berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik tauliah mengajar Zamihan serta membatalkan keanggotaannya dalam Jawatankuasa Tauliah negeri itu.

Zamihan bagaimanapun berkata beliau akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai.

“Sesungguhnya perjuangan ataupun dakwah Islam tidak pernah terhenti,” katanya.

Beliau juga menyeru semua pihak menghentikan adu domba dan sikap ingin melaga-lagakan sesama umat Islam, sebaliknya memberi fokus kepada menolak ancaman dan tipu daya golongan yang benci kepada agama Islam dan umat Islam yang sememangnya suka melihat umat Islam bercakaran dan berpecah sesama sendiri.

Zamihan yang juga merupakan pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebelum ini ditahan reman 2 hari bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman dan mengkritik institusi diraja.

Beliau yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lepas.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments