Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

6 terbunuh dalam serangan bunuh diri di Pakistan

 | October 18, 2017

Sekumpulan polis elit menjadi sasaran serangan bunuh diri di Quetta.

bom-berani-mati-pakistanQUETTA: Sekurang-kurangnya 6 terbunuh dan ramai tercedera dalam satu serangan bunuh diri menyasarkan sebuah kenderaan polis ketika waktu sesak pagi hari di barat daya Pakistan hari ini.

Sekumpulan polis elit menjadi sasaran di jalan Sariab di pinggir bandar Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan, semasa mereka menuju ke tempat kerja.

“Polis menjadi sasaran serangan itu,” kata menteri dalam negeri wilayah itu, Sarfraz Bugti kepada pemberita, dan menambah 5 polis dan seorang orang awam terbunuh.

“22 yang lain cedera,” katanya.

Seorang pegawai polis di Quetta memberikan angka berbeza, iaitu 7 orang terbunuh dan 10 cedera,, dan serangan itu dilancarkan ketika anggota polis berkenaan berulang alik ke tempat kerja.

“Kami sudah menghantar pasukan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa,” katanya.

Bugti memberitahu AFP sebuah kereta melanggar kenderaan polis sebelum terbakar, dan menambah pelanggaran itu “serangan bunuh diri”, dan disahkan oleh pegawai kanan polis Abdul Razzaq Cheema.

Balochistan, yang bersempadan dengan Iran dan Afghanistan, memiliki sumber minyak dan gas tetapi mengalami masalah militan Islam, keganasan sektarian dan pemberontakan pemisah.

Komuniti Syiah minoriti dan pasukan keselamatan kerap diserang militan di wilayah itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments