Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bekas CEO: Peletakan jawatan Bellew tak jejas Malaysia Airlines

 | October 18, 2017

Abdul Aziz Abdul Rahman hairan kenapa Peter Bellew hendak meninggalkan syarikat lebih besar untuk kembali ke Ryanair yang tidak berada dalam keadaan baik.

Abdul-Aziz-Abdul-Rahman-mas-airlinesPETALING JAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman menjangkakan peletakan jawatan Peter Bellew tidak akan menjejaskan syarikat penerbangan negara itu, tetapi hairan dengan tindakan itu.

Ini kerana, katanya, Ryanair ialah syarikat penerbangan kecil dan tidak berada dalam keadaan baik.

“Saya rasa tak menjejaskan apa-apa, pasal dia tak buat apa-apa dalam Malaysia Airlines.

“Baru-baru ini, Ryanair cuba mencari pembiaya. Tiba-tiba dia masuk pergi sana…kalau betul begitu, saya hairan juga. Dari syarikat yang lebih besar kepada syarikat yang tak bermaya,” katanya ketika dihubungi FMT.

Semalam, Malaysia Airlines dilaporkan berkata, mereka terkejut ketua pegawai eksekutifnya akan meletak jawatan.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata, lembaga pengarah akan bermesyuarat dan pengumuman akan dibuat pada masa sesuai.

Ryanair, syarikat penerbangan murah Ireland itu dalam satu kenyataan berkata, Bellew akan meninggalkan Malaysia Airlines selepas setahun menerajui syarikat itu dan akan kembali ke Ryanair sebagai ketua pegawai operasi.

Ryanair berkata, Bellew akan diberi tanggungjawab khusus untuk membantu syarikat itu menyelesaikan masalah pengambilan juruterbang yang menyebabkan ribuan penerbangan terpaksa dibatalkan, kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Aziz yang pernah mengetuai Malaysia Airlines pada 1980-an menggesa syarikat penerbangan negara itu melantik ketua pegawai eksekutif baharu daripada kalangan rakyat tempatan.

“Ambil orang tempatan. Bayaran gaji pun tidak begitu tinggi dan saya rasa dia (orang tempatan) lebih cekap daripada orang luar sebab dia tahu keadaan,” katanya.

Malaysia Airlines terkejut Peter Bellew umum letak jawatan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments