Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Doktor gigi palsu mohon maaf kepada orang ramai

 | October 18, 2017

Nur Farahanis Ezzaty Adli menjelaskan tentang sumber RM70,000 untuk membayar denda dan akui kementerian tidak membantunya.

nara2MELAKA: Doktor gigi palsu Nur Farahanis Ezzaty Adli merakamkan video baharu memohon maaf kepada orang ramai atas tindakannya.

Gadis berusia 20 tahun itu, dikenali di media sosial sebagai Nara, menyatakan penyesalan atas video beliau berterima kasih kepada orang ramai kerana buatkan beliau terkenal dan kaya.

Pengguna media sosial berang dengan video tersebut, memanggilnya bongkak dan tak serik. Ramai juga mengatakan tindakannya mencemar imej pengamal perubatan pergigian.

Lepas kolej vokasional itu mendakwa beliau mempelajari “kemahiran pergigian” melalui YouTube.

“Hari ini saya nak buat satu video permohonan maaf dan video penjelasan berkaitan isu yang diperkatakan di media sosial,” katanya dalam video terbaharu di Harian Metro.

Beliau berkata video sebelum ini dibuat dengan niat baik, dan bukan bertujuan mencari publisiti.

“Apa yang Nara maksudkan terima kasih kerana ‘spend’ masa adalah berkaitan terima kasih kepada orang atasan yang sanggup meluangkan masa untuk dengar Nara punya masalah, yang untuk dengar Nara punya keadaan ketika itu.

“Bukanlah terima kasih atas bantuan. Secara jujurnya Nara tak mendapat apa-apa bantuan sendiri daripada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ataupun daripada pihak Menteri Kesihatan sendiri, Nara akui Nara tak dapat apa-apa pun.

“Tapi okay, Nara nak mintak maaf juga mungkin daripada sebab video ni banyak jadinya masalah…Nara minta maaf kalau andai kata apa daripada apa video tu membuat ada ramai pihak yang termakan hati,” katanya.

Dilaporkan Farahanis dalam satu muatnaik di Instagram mendakwa “perniagaan” beliau diluluskan KKM. Beliau juga berterima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan Dr Hilmi Yahaya dan setiausaha peribadi Aziaan Ariffin atas sokongan mereka.

Pejabat timbalan menteri segera menjawab kenyataan itu dan menafikan mereka memberikan bentuk sokongan kepada Farahanis. Pejabat itu juga berkata mereka tidak menyokong atau bertolak ansur dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

Dr Hilmi bagaimanapun dilaporkan berkata selaku ahli Parlimen Balik Pulau, beliau ada menghantar surat rayuan Farahanis kepada pengarah jabatan kesihatan pergigian di kementerian untuk pertimbangan mereka.

Dalam video Harian Metro itu, Farahans juga memohon maaf kepada pengamal perubatan pergigian.

“Nara memang berniat kali ini untuk minta maaf juga kepada semua-semua doktor gigi, pakar pergigian, doktor pergigian yang mana terlibat dalam pergigian.

“Nara pun masa kejadian berusia 19 tahun. Nara tak tau pun pasal ‘law’ ke, berkaitan dengan benda-benda macam ni akan mendatangkan hasil yang seburuk ini.

“Mungkin dengan perbuatan Nara ni akan menjadikan satu pengajaran juga pada diri Nara yang mana Nara pun dah kesal dengan apa yang berlaku.

“Akan jadi pengajaran juga kepada orang-orang awam yang sedang membuat juga benda yang sama…Banyak datanganya masalah kepada pihak-pihak yang tertentu.”

Farahanis turut menjelaskan mengenai sumber wang untuk membayar denda, dan berkata beliau tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (Pema).

Beliau berharap selepas ini orang ramai tidak menyalahtafsirkan keadannya.

Masyarakat membidas NGO berkenaan selepas laporan awal mengatakan mereka membantu mengutip dana untuk membayar denda yang dikenakan mahkamah.

PPBM bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan berkata mereka sekadar memberikan nasihat kepada keluarga dan peguam.

“Dengan bantuan orang ramai juga, para sahabat, dan ahli keluarga, Nara berjaya membayar denda tersebut dengan kutipan derma daripada dia orang sebanyak RM70,000, Nara hanya berada 6 hari di dalam penjara,” kata Farahanis dalam video itu, dan berkata beliau sedang merancang untuk masa depan yang lebih baik.

Farahanis didapati bersalah pada 29 September oleh Mahkamah Sesyen di Melaka kerana menjalangkan perniagaan klinik pergigian swasta tidak berdaftar.

Beliau dibebaskan dari penjara selepas 6 hari menjalani hukuman penjara 6 bulan selepas denda RM70,000 diselesaikan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments