Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Paderi didakwa cabul anak angkat 8 tahun serah diri

 | October 18, 2017

Paderi itu didakwa mencabul mangsa berusia 17 tahun hampir setiap hari, termasuk ketika gadis itu tidur.

rapePETALING JAYA: Seorang paderi menyerah diri kepada polis hari ini, susulan laporan mendakwa dia mencabul seorang gadis berusia 17 tahun di bawah jagaannya.

China Press melaporkan paderi berusia 49 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan ditemani ahli keluarganya pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Akhbar itu melaporkan paderi berkenaan menjadikan mangsa yang merupakan anak seorang ahli perniagaan wanita dari China sebagai anak angkat 8 tahun lalu.

Menurut laporan itu, 4 bulan selepas membawa mangsa pulang ke rumahnya, suspek mula menunjukkan belang dan didakwa mencabul mangsa hampir setiap hari, termasuk ketika beliau tidur.

Bagi mengelakkan perbuatannya terbongkar, paderi itu dikatakan mengugut mangsa dan tidak membenarkan gadis terbabit menemui ibunya secara bersendirian selama 8 tahun.

Malah, suspek didakwa memukul dan tidak memberi makanan kepada mangsa jika beliau melawan.

China Press melaporkan mangsa berjaya melarikan diri dari rumah suspek pada jam 7 pagi, 8 Oktober lalu dan mendapatkan bantuan ibu kandung serta Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng, sebelum membuat laporan polis.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments