Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pejabat Agama Langkawi diarah siasat video disyaki ajaran sesat

 | October 18, 2017

Video yang tular di media sosial sejak seminggu lalu itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai 'Tok Guru' mempersoalkan kewujudan Allah, syahadat serta rukun solat.

ajaran-sesat-pulau-tuba-langkawiALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai penularan satu klip video yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat di Pulau Tuba, Langkawi.

Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Ismail berkata, pihaknya sudah mengarahkan Pejabat Agama Langkawi melakukan siasatan berhubung perkara itu.

“Berdasarkan apa yang saya lihat (pemerhatian awal) ilmu ini salah dari segi akidah dan fahaman, yakni mempersoalkan tentang kesaksian kita kepada Allah serta mempersoalkan syahadat kita.

“Jadi, saya sudah meminta pegawai membuat siasatan untuk mengenal pasti apa sebenarnya ajaran ini,” katanya kepada Bernama.

Video yang tular di media sosial sejak seminggu lalu itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai “Tok Guru” mempersoalkan kewujudan Allah, syahadat serta rukun solat.

Turut dipaparkan dalam video kira-kira 6 minit itu ialah beberapa lelaki yang menyokong kenyataan “Tok Guru” terbabit.

ajaran-sesat-pulau-tuba-langkawi-2Selain itu, beberapa keping gambar memaparkan rumah dan pondok dipercayai tempat untuk menyebarkan fahaman berkenaan dengan kalimah tertentu, termasuk “Allahu Akbar” dan “Al-Rahim” tertulis di dinding luar pondok berkenaan.

Mengulas lanjut, Rahman menasihatkan umat Islam di negeri ini tidak mudah terpengaruh serta terpedaya dengan sebarang ajaran menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

“Sebarang ajaran bertentangan daripada ajaran Islam sebenarnya haruslah ditolak…berhati-hatilah dengan ajaran yang kita rasa menyimpang daripada fahaman kita selama ini dan laporkan segera kepada pejabat agama berdekatan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta imam dan pemimpin agama di akar umbi memberi kefahaman mengenai bahaya ajaran sesat kepada anggota kariah masjid masing-masing.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments