Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Peletakan jawatan Bellew tak jejas pelan pemulihan Malaysia Airlines’

 | October 18, 2017

Liow Tiong Lai berkata, terpulang kepada Khazanah Nasional Bhd yang merupakan pemegang saham tunggal Malaysia Airlines untuk menentukan pengganti Peter Bellew.

Liow-Tiong-Lai-mas-malaysia-logoKUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelan pemulihan Malaysia Airlines Bhd tidak akan terjejas dengan peletakan jawatan Peter Bellew.

Beliau yang terkejut dengan berita itu bagaimanapun tidak nampak sebarang petanda Bellew akan melepaskan jawatannya selepas setahun menerajui Malaysia Airlines.

“Saya mahu mendapatkan perinciannya (terlebih dahulu). Saya tak dapat lagi laporan dari Malaysia Airlines.

“Ia tidak memberi kesan, tetapi kita akan mencari sebab (mengapa Bellew meletak jawatan).

“Transformasi Malaysia Airlines masih dalam agenda dan Malaysia Airlines dalam keadaan okey,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) hari ini.

Pelan pemulihan 5 tahun Malaysia Airlines dimulakan pada Ogos 2014 sebagai sebahagian daripada penyusunan semula syarikat penerbangan nasional itu untuk memulihkan imejnya dan kerugian berikutan 2 tragedi udara dihadapinya pada 2014.

Semalam, Ryanair mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Saham London menyatakan Bellew bakal kembali ke syarikat penerbangan Ireland itu selaku ketua pegawai operasi mulai 1 Disember nanti.

Bellew ialah pengarah operasi penerbangan Ryanair, sebelum meninggalkan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Eropah itu untuk menyertai Malaysia Airlines sebagai ketua pegawai operasi pada September 2015.

Beliau menggantikan Christoph Muller yang mengumumkan peletakan jawatannya pada April 2016 sebelum kontrak 3 tahunnya berakhir 1 Mei 2018.

Mengenai pengganti Bellew, Liow berkata, ia terpulang kepada Khazanah Nasional Bhd selaku pemegang saham tunggal Malaysia Airlines untuk menentukannya.

Malaysia Airlines terkejut Peter Bellew umum letak jawatan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments