Pengasas YTL Yeoh Tiong Lay meninggal dunia
Taikun berusia 87 tahun itu dinamakan Forbes sebagai individu ke-7 terkaya di Malaysia tahun ini.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Tan Kai Yong, dan 7 orang anak, termasuk Francis Yeoh, yang kini menerajui syarikat itu.
Tiong Lay mengasaskan YTL, sebuah syarikat pembinaan kecil, pada 1955. YTL kini antara konglomerat terbesar di Malaysia yang terlibat dalam sektor utiliti, perhotelan dan pembangunan hartanah.
Forbes menamakan Tiong Lay individu ke-7 terkaya di Malaysia tahun ini dengan kekayaan AS$2 bilion (RM8.2 bilion).
Sementara itu, The Star Online melaporkan pihak keluarga sebagai berkata mereka bersedih atas pemergian ketua keluarga itu.
“Kami 4 generasi bersyukur berada di sampingnya selama 88 tahun dan kami pasti merindui beliau,” kata waris dalam kenyataan.
Mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir boleh berbuat demikian mulai 7.00 malam di alamat 2, Lorong Buloh Perindu 1, Damansara Heights, 59000, Kuala Lumpur.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Menurut The Star Online, pengebumian akan diadakan pada Ahad 10.00 pagi, dan perarakan jenazah akan bertolak ke Taman Peringatan Nilai pada tengah hari.